‘PM tak menjawab soalan saya’

‘PM tak menjawab soalan saya’ - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ‘PM tak menjawab soalan saya’, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ‘PM tak menjawab soalan saya’
link : ‘PM tak menjawab soalan saya’

Baca juga


‘PM tak menjawab soalan saya’


KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menjawab soalan dikemukakannya sewaktu sesi Pertanyaan-Pertanyaan Jawab Lisan di Parlimen, hari ini.

Menurutnya, melalui soalan tambahan, beliau meminta supaya PM yang juga merupakan Menteri Kewangan mengenai topik yang sedang dibincangkan.

"Saya bertanya pada PM mengenai unjuran kekurangan rumah mampu milik yang dianggarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) akan mencecah 1 juta rumah pada 2020 dan juga tindakan kerajaan menangani pengangguran yang makin meningkat angkanya.

"Walaupun soalan-soalan yang saya bangkitkan berkaitan ekonomi negara namun beliau (Najib) tidak menjawab soalan," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Soalan tambahan dikemukakan Wan Azizah berkenaan dengan soalan kebarangkalian Malaysia mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 setelah mengambil kira unjuran BNM bahawa ekonomi negara akan kembali kukuh pada tahun ini oleh Ahli Parlimen Jasin, Datuk Seri Ahmad Hamzah.

Katanya, beliau menekankan supaya Najib lebih peka dengan keadaan rakyat kini.

"Kemajuan ekonomi negara tidak hanya diukur daripada angka pertumbuhan semata-mata namun ia mesti dirasai oleh rakyat.

"Tiada gunanya ada angka pertumbuhan yang baik namun rakyat menderita di bawah," katanya. - SH


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel ‘PM tak menjawab soalan saya’

Sekianlah artikel ‘PM tak menjawab soalan saya’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ‘PM tak menjawab soalan saya’ dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/08/pm-tak-menjawab-soalan-saya.html

Subscribe to receive free email updates: