'Pendakwaan jenayah DOJ: AG perlu bekerjasama'

'Pendakwaan jenayah DOJ: AG perlu bekerjasama' - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'Pendakwaan jenayah DOJ: AG perlu bekerjasama', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Pendakwaan jenayah DOJ: AG perlu bekerjasama'
link : 'Pendakwaan jenayah DOJ: AG perlu bekerjasama'

Baca juga


'Pendakwaan jenayah DOJ: AG perlu bekerjasama'

MALAYSIAKINI


Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) gesa Jabatan Peguam Negara untuk memberikan kerjasama berhubung siasatan jenayah Amerika Syarikat terhadap skandal kewangan 1MDB.

Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Faiz Fadzil berkata kenyataan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) yang memohon penangguhan prosiding saman 'civil forfeiture' untuk pelucutan hak aset-aset bernilai AS$1.7 bilion bagi membolehkan siasatan jenayah dijalankan pihak kerajaan Amerika Syarikat menunjukkan skandal penyelewengan 1MDB semakin serius.

"Walaupun saman tersebut dikatakan sesetengah pihak sebagai saman sivil, namun saman tersebut difailkan di bawah undang-undang jenayah Amerika Syarikat iaitu US Code 1956 Title 18 berkaitan rampasan dan penyitaan aset-aset yang diperolehi melanggari undang-undang jenayah pengubahan wang haram.

"Fakta-fakta yang didedahkan di dalam saman tersebut juga jelas suatu fakta prima facie salah laku jenayah pecah amanah, penipuan dan rasuah dilakukan pelbagai individu yang berpengaruh di Malaysia termasuk MO1, Jho Low, Riza Aziz dan beberapa pegawai tinggi 1MDB," kata Faiz dalam suatu kenyataan media hari ini.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan mengesahkan MO1 merujuk kepada perdana menteri Najib Razak.

"Kemungkinan untuk nama-nama yang disebut dalam saman tersebut disiasat Biro Siasatan Persekutuan (FBI) tidak boleh diketepikan memandangkan mereka adalah saksi-saksi penting dan utama skandal 1MDB ini yang disebut dalam saman tersebut.

Oleh demikian, Faiz meminta pihak peguam negara untuk menasihatkan MO1 dan mengarahkan Ketua Polis Negara mencari Jho Low dan Riza Aziz untuk diserahkan kepada FBI bagi membantu siasatan jika diminta berbuat demikian oleh FBI.

"Masa telah tiba untuk Peguam Negara dan Ketua Polis Negara bertindak membersihkan nama negara dan bukannya membela mana-mana individu yang berkepentingan," kata Faiz dalam kenyataan itu lagi.

Perdana menteri telah menafikan dakwaan tersebut dan Peguam Negara Apandi Ali juga membebaskan beliau daripada sebarang salah laku.

Jabatan Kehakiman (DOJ) AS telah mengemukakan permohonan penangguhan saman sivilnya untuk merampas pelbagai aset didakwa dibeli menggunakan dana 1MDB yang disalahgunakan.

Permohonan itu, kata DOJ, dibuat bagi membolehkan siasatan jenayah yang dilakukan kerajaan AS dapat diteruskan.

Ia termasuk 13 daripada 14 saman bagi melucutkan hak ke atas aset itu yang difailkan DOJ pada Julai tahun lalu.



Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel 'Pendakwaan jenayah DOJ: AG perlu bekerjasama'

Sekianlah artikel 'Pendakwaan jenayah DOJ: AG perlu bekerjasama' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'Pendakwaan jenayah DOJ: AG perlu bekerjasama' dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/08/pendakwaan-jenayah-doj-ag-perlu.html

Subscribe to receive free email updates: