Pemuda PAS:'Tun Mahathir bukan perosak Melayu, tetapi Umno' [PAS KEMBALI BENAR?]

Pemuda PAS:'Tun Mahathir bukan perosak Melayu, tetapi Umno' [PAS KEMBALI BENAR?] - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pemuda PAS:'Tun Mahathir bukan perosak Melayu, tetapi Umno' [PAS KEMBALI BENAR?], kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pemuda PAS:'Tun Mahathir bukan perosak Melayu, tetapi Umno' [PAS KEMBALI BENAR?]
link : Pemuda PAS:'Tun Mahathir bukan perosak Melayu, tetapi Umno' [PAS KEMBALI BENAR?]

Baca juga


Pemuda PAS:'Tun Mahathir bukan perosak Melayu, tetapi Umno' [PAS KEMBALI BENAR?]

Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bukan individu yang merosakkan fikiran orang Melayu walaupun didakwa bukan daripada keturunan bangsa itu.

Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi mendakwa, sebaliknya dasar Umno yang membela Melayu tertentu dan menzalimi bangsa berkenaan kerana beraliran politik dengannya adalah punca kepada kerosakan tersebut.

“Walaupun Mahathir telah meninggalkan Umno, Melayu tetap rosak jika meneruskan agenda-agenda yang salah dan bercanggah dengan Islam. Pas tidak menentang individu tetapi sebuah parti yang mahukan perubahan dasar dan polisi untuk kepentingan agama, bangsa dan negara.

“Justeru, kami menyeru kepada bangsa Melayu supaya kembali kepada Islam sebagai penyelesaian. Bukan penyelesaian cara Umno yang menggula-gulakan bangsa Melayu dengan janji-janji manis kebendaan setiap kali tibanya musim pilihan raya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kemuliaan orang Melayu adalah dengan agama Islam dan bukannya dengan zat bangsanya.

“Inilah beza perjuangan berasaskan Islam dan perjuangan berasaskan perkauman sempit. Umno yang memperjuangkan kebangsaan Melayu hanya pada kulitnya sahaja, bukan pada roh serta jati dirinya.

“Di mana kedudukan tulisan jawi menjadi jati diri kepada bahasa Melayu dimansuhkan oleh bangsanya sendiri. Di manakah kedudukan tanah rizab Melayu setelah ia digadaikan oleh bangsa sendiri. Di manakan kedudukan politik Melayu Islam setelah pemimpin-pemimpinnya hanya mementingkan kroni dan orang sekelilingnya?” soalnya.

Menurutnya, pemimpin Umno sendiri mengakui wujud penyakit rasuah kronik dalam Umno namun dan dalam masa sama menyebarkan kepada bangsa Melayu demi kepentingan sokongan.

“Kita tidak perlu menuding jari terhadap orang lain dengan alasan aku lebih Melayu daripadanya. Selagi kita tidak meletakkan Islam sebagai jalan penyelesaian terhadap masalah-masalah yang berlaku dalam negara pada hari ini,” katanya.

Beliau turut menyatakan, Pas bukan sebuah parti perkauman sebaliknya meletakkan kaum di tempat yang adil.

“Dalam konteks Malaysia, bangsa Melayu Islam mestilah memegang tampuk pemerintahan kerana itulah keadilannya. Negara Jepun yang paling maju meletakkan bangsa Jepun sebagai ketua negara bukannya bangsa Inggeris. Negara Jerman paling terkedepan di benua Eropah meletakkan bangsa Jerman sebagai ketua negara bukannya bangsa Perancis,” katanya. - Sinar Harian


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Pemuda PAS:'Tun Mahathir bukan perosak Melayu, tetapi Umno' [PAS KEMBALI BENAR?]

Sekianlah artikel Pemuda PAS:'Tun Mahathir bukan perosak Melayu, tetapi Umno' [PAS KEMBALI BENAR?] kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pemuda PAS:'Tun Mahathir bukan perosak Melayu, tetapi Umno' [PAS KEMBALI BENAR?] dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/08/pemuda-pastun-mahathir-bukan-perosak.html

Subscribe to receive free email updates: