Peguam: "Belum Ada" Notis Untuk Anwar Hadir RCI Siasat Kes Forex !

Peguam: "Belum Ada" Notis Untuk Anwar Hadir RCI Siasat Kes Forex ! - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Peguam: "Belum Ada" Notis Untuk Anwar Hadir RCI Siasat Kes Forex !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Peguam: "Belum Ada" Notis Untuk Anwar Hadir RCI Siasat Kes Forex !
link : Peguam: "Belum Ada" Notis Untuk Anwar Hadir RCI Siasat Kes Forex !

Baca juga


Peguam: "Belum Ada" Notis Untuk Anwar Hadir RCI Siasat Kes Forex !

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim belum menerima notis setakat ini untuk memberi keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang menyiasat kerugian tukaran mata wang asing dialami Bank Negara Malaysia (BNM) pada 1990-an.
Salah seorang peguam Anwar, R Sivarasa memberitahu, beliau belum menerima sebarang notis meminta Anwar muncul di RCI, yang akan bersidang mulai esok di Istana Kehakiman, Putrajaya.
“Saya baru mengetahui yang prosiding RCI adalah esok,” kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.
Anwar sebelum ini berulang kali berkata beliau bersedia untuk menghadiri pendengaran RCI.
Anwar berkata beliau boleh menawarkan fakta mengenai kes tersebut berdasarkan pengetahuan peribadinya sebagai menteri kewangan pada masa kerugian forex BNM.
Beliau kini menjalani hukuman penjara 5 tahun di Penjara Sungai Buloh kerana kesalahan meliwat.
Pada 18 Julai lalu, Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V telah bersetuju dengan pembentukan RCI.
Bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan akan mengetuai suruhanjaya itu.
Empat anggota lain terdiri daripada hakim Mahkamah Tinggi Datuk Wira Kamaluddin Md Said,CEO Bursa Malaysia Berhad Datuk Seri Tajuddin Atan, Pengerusi bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan, Tan Sri Saw Choo Boon, ahli Institut Akauntan Malaysia yang juga ahli Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia serta bekas rakan kongsi firma Ernst & Young, Pushpanathan S A Kanagarayar.
Setiausaha Bahagian Pelaburan Kementerian Kewangan Datuk Dr Yusof Ismail adalah setiausaha RCI.
Bidang kuasa suruhanjaya itu adalah:
i. menentukan kesahihan dakwaan mengenai kerugian akibat urus niaga pertukaran mata wang asing yang dialami BNM sekitar tahun 1990-an serta implikasinya kepada ekonomi negara.
ii. menentukan sama ada penglibatan BNM dalam aktiviti urus niaga mata wang asing yang menyebabkan kerugian tersebut adalah bertentangan dengan Ordinan Bank Pusat 1958 atau mana-mana undang-undang yang berkaitan.
iii. Menentukan sama ada terdapat elemen menyembunyikan fakta dan maklumat sebenar berhubung kerugian BNM dalam aktiviti urus niaga mata wang asing itu dan memberikan kenyataan yang mengelirukan kepada Kabinet, Parlimen dan rakyat.
iv. Mengesyorkan tindakan yang sesuai untuk diambil terhadap pihak-pihak yang terlibat secara langsung dan/atau tidak langsung jika didapati mereka menyebabkan kerugian BNM serta menyembunyikan fakta dan maklumat sebenar berhubung kerugian itu; dan
v. Mengesyorkan langkah-langkah bagi memastikan perkara yang sama tidak berulang.
Sebelum ini Pasukan Petugas Khas yang membuat siasatan awal telah mencadangkan penubuhan RCI ini kerana mendapati ada kes prima facie dalam kerugian dialami oleh Bank Negara akibat urus niaga mata wang asing semasa pentabiran Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ia juga mendapati dipercayai terdapat elemen untuk mengelirukan kerajaan dan Parlimen dalam hal berkenaan. #sumber


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Peguam: "Belum Ada" Notis Untuk Anwar Hadir RCI Siasat Kes Forex !

Sekianlah artikel Peguam: "Belum Ada" Notis Untuk Anwar Hadir RCI Siasat Kes Forex ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Peguam: "Belum Ada" Notis Untuk Anwar Hadir RCI Siasat Kes Forex ! dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/08/peguam-belum-ada-notis-untuk-anwar.html

Subscribe to receive free email updates: