PAS perlu elak calon 'tikam belakang' tanding PRU14

PAS perlu elak calon 'tikam belakang' tanding PRU14 - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS perlu elak calon 'tikam belakang' tanding PRU14, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS perlu elak calon 'tikam belakang' tanding PRU14
link : PAS perlu elak calon 'tikam belakang' tanding PRU14

Baca juga


PAS perlu elak calon 'tikam belakang' tanding PRU14

Oleh Ainor Rahim
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Pimpinan PAS Terengganu sudah sedia maklum mengenai desas-desus tindakan ADUN Batu Burok Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi yang kini dilihat semakin 'mesra' dengan parti serpihannya, Amanah.
 
Sehubungan itu, bekas Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut menasihati pimpinan tertinggi parti itu supaya lebih berhati-hati dalam memilih dan meletakkan calon yang lebih 'setia' membawa wadah perjuangannya mendepani Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang. 
 
"Saya dapat juga maklumat mengenai hal itu. Terpulang kepada dia. Kita mengamalkan satu sistem demokrasi dan setiap ahli bebas keluar masuk ke. 
 
"Sebab itu saya harap pimpinan akan datang lebih berhati-hati dalam memilih calon. Susah nanti," katanya kepada Antarapos.
 
Dalam pada itu, senada dengan pimpinan PAS Terengganu, Wahid juga menggesa Syed Azman supaya mengisytiharkan kecenderungan terbarunya sama ada mahu bersama parti itu atau menyertai Amanah.
 
"Bila kita bersemuka, kita tanya dia tak jawab. Tidak terus terang. 
 
"Sepatutnya begitu, keluarlah kalau nak keluar. Isytihar segera," tambahnya.
 
Terdahulu, pimpinan PAS Terengganu mempersoalkan tindakan Syed Azman selepas wakil rakyat itu sering dilihat hadir ke program anjuran Pakatan Harapan (PH) kebelakangan ini. 
 
Tindak-tanduk Syed Azman juga dikritik setelah dianggap mirip dengan tindakan Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar yang turut aktif hadir ke program yang dianjurkan Amanah mahupun PH.
 
Walau bagaimanapun, pesuruhjayanya, Datuk Husin Awang menganggap tindakan beliau 'berjinak' dengan Amanah tersebut tidak akan menjejaskan parti itu sama sekali.
 
Sebaliknya, beliau menegaskan ia hanya akan merosakkan peribadi wakil rakyat PAS itu yang sering dilihat hadir ke program anjuran PH.
 
Sehingga kini, tiada sebarang tindakan susulan diambil PAS berhubung perkara itu.
 
 


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel PAS perlu elak calon 'tikam belakang' tanding PRU14

Sekianlah artikel PAS perlu elak calon 'tikam belakang' tanding PRU14 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAS perlu elak calon 'tikam belakang' tanding PRU14 dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/08/pas-perlu-elak-calon-tikam-belakang.html

Subscribe to receive free email updates: