Pak Amir, Restoran Saji Rahmat Di Pilih Sebagai Tokoh Berjasa Irsyad

Pak Amir, Restoran Saji Rahmat Di Pilih Sebagai Tokoh Berjasa Irsyad - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pak Amir, Restoran Saji Rahmat Di Pilih Sebagai Tokoh Berjasa Irsyad, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pak Amir, Restoran Saji Rahmat Di Pilih Sebagai Tokoh Berjasa Irsyad
link : Pak Amir, Restoran Saji Rahmat Di Pilih Sebagai Tokoh Berjasa Irsyad

Baca juga


Pak Amir, Restoran Saji Rahmat Di Pilih Sebagai Tokoh Berjasa Irsyad


KUANTAN:  Pemilik Restoran Saji Rahmat  dipilih sebagai "Tokoh Berjasa Irsyad". Demikian dimaklumkan di page facebook Sekolah Islam Al-Irsyad Kuantan pada 6 Ogos lalu.

Restoran Saji Rahmat yang terletak berhadapan Masjid Tengku Ampuan Afzan Indera Mahkota mempunyai sejarah panjang bersama Sekolah Islam Al-Irsyad..

Restoran ini dipunyai oleh Pak Amir Hamzah (foto), 61,  berasal dari negeri Perak Darul Ridzuan. Ramai warga Kuantan sendiri yang tidak mengetahui hubungan restoran ini dengan Sekolah Islam Al-Irsyad sebenarnya.

Begitu besar jasa Pak Amir terhadap Sekolah Islam Al-Irsyad. Khidmat Pak Amir membekalkan katering kepada Irsyad bermula Mei 1989, lima bulan selepa  Sekolah Islam Al-Irsyad beroperasi di sebuah rumah banglo di Kubang Buaya dengan 12 pelajar.

Seterusnya Irsyad berpindah di tanah wakaf sumbangan Haji Osman Ibrahim di Kampung Kurnia, Jalan Gambang, Pak Amir terus mengekalkan khidmatnya membekalkan makanan tengahari kepada pelajar Irsyad.

Berkat khidmatnya yang tidak berkira itu, akhirnya Pak Amir membuka Restoran Rahmat pada Mei 1995 di Indera Mahkota hingga kini.

Sepanjang hampir 20 tahun menabur bakti dengan mengenakan kadar hanya RM1.20 bagi setiap pelajar,tiada kenaikan tahunan dikenakan walaupun harga bahan mentah setiap tahun meningkat. Bagi Pak Amir,semuanya demi anak bangsa menuntut ilmu agama serta Irsyad yang berstatus sekolah berkhidmat untuk Ummah.

Tahun 1996 apabila Irsyad membuka asrama bagi pelajar SMAI seramai 60 pelajar,Pak Amir turut sama bekalkan makanan 2 kali sehari dengan harga yang sama.

Tahun 2009, apabila kantin Irsyad mula beroperasi membuka dapur memasak,khidmat Resoran Rahmat ditamatkan.

Walaupun begitu, banyak kenangan sepanjang 20 tahun berkhidmat kepada Irsyad. Kedatangan van Restoran Rahmat membawa makanan setiap jam 12 tengahari menggamit kenangan. Bermula membekalkan kepada 12 orang hinggalah kepada 1,000 pelajar tentulah mempunyai 1001 nostalgia.

Saat cemasnya bila van mengalami kerosakan di tengah jalan ketika tiba masa pelajar menikmati hidangan tengahari.Cemas pihak Irsyad menelefon Pak Amir!

Pak Amir bukan sahaja berkhidmat membekalkan makanan kepada Irsyad, bahkan beliau juga menghantar tiga orang anaknya menikmati keindahan pendidikan dan tarbiah Islam di Irsyad. Semuanya berjaya kini. Nordin kini pengurus ganti Pak Amir di Restoran Rahmat, Syuhada di Kuala Lumpur sebagai Doktor Gigi dan Sarah baru tamat pengajian di Jordan.

Mereka bertiga bersekolah di Irsyad dari Darjah 1 hingga sekolah menengah.

Walaupun kini tiada khidmat dari Restoran Rahmat, Pak Amir tetap menabur bakti khidmat kepada Irsyad. Jika ada majlis di Irsyad, Pak Amir tetap menyumbang seperti majlis berbuka puasa dan perkahwinan staf Irsyad.

Sebagai mengenang jasa bakti Pak Amir dan Restoran Rahmat, sempena Sambutan Jubli Perak Irsyad, Pak Amir dinobatkan sebagai antara Tokoh Berjasa Irsyad.

Moga Allah Taala berkati kehidupan Pak Amir dan keluarganya atas khidmat baktinya kepadaSekolah Islam Al-Irsyad. Syabas dan tahniah diucapkan. #sumber


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Pak Amir, Restoran Saji Rahmat Di Pilih Sebagai Tokoh Berjasa Irsyad

Sekianlah artikel Pak Amir, Restoran Saji Rahmat Di Pilih Sebagai Tokoh Berjasa Irsyad kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pak Amir, Restoran Saji Rahmat Di Pilih Sebagai Tokoh Berjasa Irsyad dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/08/pak-amir-restoran-saji-rahmat-di-pilih.html

Subscribe to receive free email updates: