MB Pahang: Pendapatan Pemandu Teksi Berkurangan 30% Gara-Gara Uber, Grab

MB Pahang: Pendapatan Pemandu Teksi Berkurangan 30% Gara-Gara Uber, Grab - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MB Pahang: Pendapatan Pemandu Teksi Berkurangan 30% Gara-Gara Uber, Grab, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MB Pahang: Pendapatan Pemandu Teksi Berkurangan 30% Gara-Gara Uber, Grab
link : MB Pahang: Pendapatan Pemandu Teksi Berkurangan 30% Gara-Gara Uber, Grab

Baca juga


MB Pahang: Pendapatan Pemandu Teksi Berkurangan 30% Gara-Gara Uber, Grab

KUANTAN: Pendapatan pemandu teksi di Pahang termasuk di daerah ini berkurangan sebanyak 30% sejak perkhidmatan e-hailing, iaitu Uber dan Grab diperkenalkan, kata Dato' Sri Adnan Yaakob.
Bagaimanapun, kata Menteri Besar Pahang itu, kerajaan persekutuan menerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan membantu pemandu teksi melalui Program Transformasi Industri Teksi (TITP) yang diluluskan Kabinet pada 10 Ogos 2016.
“Menerusi TITP, terdapat 4 komponen asas mewujudkan persaingan seimbang antara pemandu teksi dan pemandu e-hailing, antaranya memanfaatkan penggunaan aplikasi e-hailing, meningkatkan pendapatan dan kebajikan pemandu teksi sedia ada serta meningkatkan kualiti perkhidmatan pemandu teksi,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang hari ini.
Beliau yang menjawab soalan Dato' Wan Salman Wan Ismail (BN-Jengka) itu berkata, kadar tambang juga diselaraskan dengan pembayaran kadar bermeter atau elektronik menggunakan kadar tambah dinamik, iaitu kadar tetap dalam talian.
Sementara itu, menjawab soalan Choong Siew Onn (DAP-Tras) yang ingin tahu status permohonan lanjutan tempoh pajakan tanah kepada 99 tahun, Adnan berkata, kerajaan negeri meluluskan 1,193 permohonan dari Januari 2013 hingga Jun 2017.
“Mesyuarat kerajaan negeri pada 28 Mac 2012 meluluskan secara dasar penukaran tempoh pegangan 30, 60 dan 66 tahun kepada 99 tahun bagi kegunaan bangunan kediaman tanpa dikenakan bayaran premium tambahan, bermaksud percuma.
“Kerajaan boleh mempertimbangkan permohonan ini, tapi inisiatif mesti datang daripada tuan punya tanah…tidak ada syarat yang dikenakan, cuma perlu datang ke pejabat tanah, ambil borang, isi dan serahkan kepada petadbir tanah,” katanya.
Adnan juga membidas Sim Chong Siang (PKR-Teruntum) yang menyifatkan jumlah permohonan diluluskan itu “kecil” bagi tempoh 4 tahun dengan berkata, perkara tersebut disebabkan ramai tuan tanah tidak menyedari atau tahu tentang permohonan itu.
“Ini kerja wakil rakyat untuk terangkan…maknanya wakil rakyat kena kerja kuat,” katanya. #sumber


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel MB Pahang: Pendapatan Pemandu Teksi Berkurangan 30% Gara-Gara Uber, Grab

Sekianlah artikel MB Pahang: Pendapatan Pemandu Teksi Berkurangan 30% Gara-Gara Uber, Grab kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MB Pahang: Pendapatan Pemandu Teksi Berkurangan 30% Gara-Gara Uber, Grab dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/08/mb-pahang-pendapatan-pemandu-teksi.html

Subscribe to receive free email updates: