Mahkamah Rayuan tolak permohonan JPN dan dua pihak lain untuk 'bin Abdullah'

Mahkamah Rayuan tolak permohonan JPN dan dua pihak lain untuk 'bin Abdullah' - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mahkamah Rayuan tolak permohonan JPN dan dua pihak lain untuk 'bin Abdullah', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mahkamah Rayuan tolak permohonan JPN dan dua pihak lain untuk 'bin Abdullah'
link : Mahkamah Rayuan tolak permohonan JPN dan dua pihak lain untuk 'bin Abdullah'

Baca juga


Mahkamah Rayuan tolak permohonan JPN dan dua pihak lain untuk 'bin Abdullah'

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Permohonan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan dua pihak yang lain untuk menangguhkan pelaksanaan membenarkan seorang kanak-kanak Islam yang tidak sah taraf dibinkan dengan nama bapanya ditolak oleh Mahkamah Rayuan.
 
Peguam yang mewakili pasangan berkenaan dan kanak-kanak terbabit dalam kes tersebut, Nizam Bashir memberitahu panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara menolak permohonan itu atas alasan tidak terdapat keadaan khusus untuk membenarkan penangguhan itu.
 
Panel itu turut dianggotai Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli dan Hakim Puan Sri Zaleha Yusof.
Peguam Kanan Persekutuan Mazlifah Ayob, yang mewakili JPN, Ketua Pengarah JPN dan Kerajaan Malaysia, memohon kepada mahkamah untuk mendapatkan penangguhan bagi pelaksanaan keputusan Mahkamah Rayuan yang diumumkan pada 25 Mei tahun ini sementara menungggu keputusan tentang permohonan mereka mendapatkan kebenaran untuk merayu kepada Mahkamah Persekutuan.
 
Dalam penghakiman bertulis Mahkamah Rayuan yang dikeluarkan pada 25 Julai tahun ini, Abdul Rahman berkata ketua pengarah JPN tidak terikat dengan fatwa yang dikeluarkan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam menentukan nama bapa seseorang kanak-kanak Islam yang tidak sah taraf.
 
Pada 25 Mei tahun ini, panel sama membenarkan rayuan dikemukakan pasangan itu, yang memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi memastikan Ketua Pengarah JPN menukar perkataan “Abdullah” sebagai bin untuk nama kanak-kanak itu kepada nama bapanya dalam sijil kelahiran kanak-kanak berkenaan.
 
Abdul Rahman berkata dalam penghakiman itu juga bidang kuasa ketua pengarah berkenaan adalah bersifat sivil dan hanya terhad kepada dalam menentukan sama ada ibu bapa kanak-kanak itu telah memenuhi syarat yang terkandung dalam Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (BDRA) yang meliputi semua kanak-kanak tidak sah taraf melibatkan orang Islam dan bukan Islam.
 
Beliau berkata fatwa bukan perkara yang wajib diterima oleh undang-undang dan tidak boleh dijadikan asas undang-undang oleh Ketua Pengarah JPN dalam menentukan nama bapa seseorang anak yang tidak sah taraf mengikut Seksyen 13A (2) BDRA.
 
 


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Mahkamah Rayuan tolak permohonan JPN dan dua pihak lain untuk 'bin Abdullah'

Sekianlah artikel Mahkamah Rayuan tolak permohonan JPN dan dua pihak lain untuk 'bin Abdullah' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mahkamah Rayuan tolak permohonan JPN dan dua pihak lain untuk 'bin Abdullah' dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/08/mahkamah-rayuan-tolak-permohonan-jpn.html

Subscribe to receive free email updates: