Mahathir senaraikan 13 golongan ‘tak malu’ di negara ini

Mahathir senaraikan 13 golongan ‘tak malu’ di negara ini - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mahathir senaraikan 13 golongan ‘tak malu’ di negara ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mahathir senaraikan 13 golongan ‘tak malu’ di negara ini
link : Mahathir senaraikan 13 golongan ‘tak malu’ di negara ini

Baca juga


Mahathir senaraikan 13 golongan ‘tak malu’ di negara ini

 



ULASAN l Perasaan malu sudah tidak ada lagi di kalangan ramai anggota kerajaan hari ini. Mereka tak tahu malu walau apa pun kesalahan yang dilakukan oleh mereka, walau apa pun kebiadaban mereka.

Mereka didapati mencuri tetapi mereka tidak sedikit pun berasa malu. Didakwa mencuri, dibukti mencuri – tak mengapa.

Dunia panggil mereka pencuri, perasuah, penyangak – tak apa. Senyum sahaja.

Kerana perbuatan mereka, negara dihina, dinyatakan sebagai antara sepuluh buah negara yang tertinggi tahap rasuahnya – pun tak mengapa.

Negara dipanggil kleptokrasi, negara yang dipimpin oleh pencuri yang mencuri duit kerajaan – negara yang tidak lagi demokratik – tak mengapa.

Perdana Menteri, isteri, anak, kawan, didakwa selewengkan duit negara – okay.

Menteri, pegawai tinggi dituduh mencuri duit – tak apa. Tak ada sedikit pun malu walaupun tak dapat bertindak dengan saman malu ke atas yang menuduh. Ugut untuk ambil tindakan undang-undang tetapi tidak buat apa-apa, tak malu.

Ada pegawai yang naik pangkat atau dapat jawatan walaupun tidak layak, tidak mengikut aturan peraturan, bercanggah dengan undang-undang – tak malu.

Menerima duit yang dicuri, apa salahnya? Terima kasih. Cium tangan pemberi durian runtuh.
Diketahui mendapat pangkat atau jawatan kerana cekap membodek, sanggup melaksanakan arahan yang salah oleh boss, pun tak malu.

Maruah sudah tidak dijunjung lagi. Biarlah dihina, biarlah dipandang rendah, asalkan dapat duit, dapat tempat, dapat pangkat. Pedulikan maruah.

Masyarakat pandang jijik, menyampah – pedulikan. Sesungguhnya kerana mereka ini, bangsa menjadi bangsat di negara sendiri. Tak lama lagi bangsa bangsat ini kehilangan negara, menjadi penumpang di negara sendiri, anak cucu jadi kuli.

Ini pun tak mengapa kerana yang tak tahu malu tidak akan berasa malu menjadi pengemis, kuli di negara sendiri.


TUN DR MAHATHIR MOHAMAD ialah pengerusi Parti Pribumi Bumiputera Bersatu (BERSATU) dan perdana menteri keempat Malaysia.




Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Mahathir senaraikan 13 golongan ‘tak malu’ di negara ini

Sekianlah artikel Mahathir senaraikan 13 golongan ‘tak malu’ di negara ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mahathir senaraikan 13 golongan ‘tak malu’ di negara ini dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/08/mahathir-senaraikan-13-golongan-tak.html

Subscribe to receive free email updates: