Laporan Audit: TEKUN Rugi RM209 Juta & RM410 Juta 'Hutang Lapuk' !

Laporan Audit: TEKUN Rugi RM209 Juta & RM410 Juta 'Hutang Lapuk' ! - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Laporan Audit: TEKUN Rugi RM209 Juta & RM410 Juta 'Hutang Lapuk' !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Laporan Audit: TEKUN Rugi RM209 Juta & RM410 Juta 'Hutang Lapuk' !
link : Laporan Audit: TEKUN Rugi RM209 Juta & RM410 Juta 'Hutang Lapuk' !

Baca juga


Laporan Audit: TEKUN Rugi RM209 Juta & RM410 Juta 'Hutang Lapuk' !

PETALING JAYA: Skim kerajaan untuk membantu perniagaan kecil-kecilan mengaut kerugian sehingga RM209.28 juta, dengan hutang lapuk yang dihapus kira mencapai RM410.61 juta, kata Laporan Ketua Audit Negara hari ini.
Audit yang dijalankan antara Mei dan Oktober tahun lalu, dan Februari tahun ini, menunjukkan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun Nasional) berjaya meningkatkan pembiayaan kepada usahawan daripada RM2.69 bilion kepada RM4.29 bilion untuk 473,982 usahawan dalam tempoh 18 tahun.
Agensi itu terletak di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
“Bagaimanapun, prestasi kewangan Tekun Nasional bagi 2013 hingga 2015 kurang memuaskan
kerana bebanan hutang kepada kerajaan dan hapus kira hutang lapuk usahawan yang tinggi. Selain itu, kerugian terkumpul pada akhir 2015 berjumlah RM209.28 juta.
“Pengurusan aktiviti selaras dengan objektif penubuhan tetapi kurang teratur,” kata laporan itu, dan menambah amalan tadbir urus korporat juga kurang memuaskan.
Antara penemuan audit yang perlu diberi perhatian ialah peratusan kutipan bayaran balik pembiayaan berbanding sasaran, iaitu antara 78.1% hingga 96.9%.
Menurut laporan itu, pembiayaan tak berbayar (non-performing finance) berada pada tahap 38% (RM769.34 juta) daripada jumlah keseluruhan tunggakan bayaran balik pembiayaan iaitu RM2.02 bilion sehingga 30 Jun 2016.
Menurutnya lagi, jumlah hutang lapuk yang dihapus kira berjumlah RM410.61 juta (9.6%) daripada jumlah keseluruhan pembiayaan dan bayaran balik yang berjaya dikutip semula berjumlah RM74.63 juta (18.2%) sahaja.
“kegagalan pelaksanaan Portal Keusahawanan Tekun, Kad Komuniti Usahawan Tekun dan Cyber Mall menyebabkan kerugian berjumlah RM872,035.
“Keahlian Jawatankuasa Audit, Integriti dan Risiko tidak mempunyai latar belakang perakaunan,” dedah laporan audit.
Tekun ditubuhkan untuk menyediakan kemudahan pembiayaan dan membantu usahawan memulakan dan mengembangkan perniagaan. #sumber


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Laporan Audit: TEKUN Rugi RM209 Juta & RM410 Juta 'Hutang Lapuk' !

Sekianlah artikel Laporan Audit: TEKUN Rugi RM209 Juta & RM410 Juta 'Hutang Lapuk' ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Laporan Audit: TEKUN Rugi RM209 Juta & RM410 Juta 'Hutang Lapuk' ! dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/08/laporan-audit-tekun-rugi-rm209-juta.html

Subscribe to receive free email updates: