Laluan MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya sedang disempurnakan - Najib

Laluan MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya sedang disempurnakan - Najib - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Laluan MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya sedang disempurnakan - Najib, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Laluan MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya sedang disempurnakan - Najib
link : Laluan MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya sedang disempurnakan - Najib

Baca juga


Laluan MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya sedang disempurnakan - Najib

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan sedang berusaha menyempurnakan laluan kedua Transit Aliran Massa (MRT) Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP).
 
Perdana menteri berkata usaha kerajaan Barisan Nasional tidak terhenti dengan siapnya laluan MRT Sungai Buloh-Kajang yang telah dibuka sepenuhnya bulan lepas.
 
"Fokus kita sekarang adalah untuk 'deliver' (laksanakan) laluan kedua kepada rakyat iaitu MRT SSP yang bakal memanfaatkan lebih kurang dua juta penduduk dari Sungai Buloh ke Putrajaya merangkumi Sri Damansara, Kepong, Batu, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Tun Razak, KLCC, Tun Razak Exchange, Kuchai Lama, Sungai Besi, Seri Kembangan dan Cyberjaya," katanya.
 
Beliau berkata demikian menerusi catatan terbaru dalam laman blog rasmi beliau najibrazak.com.
 
Najib berkata berdasarkan kajian, laluan MRT SSP sepanjang 52.2km dengan 37 buah stesen ini bakal mencatat 529,000 penumpang sehari apabila siap beroperasi pada suku kedua 2022 kelak.
 
"Ini satu lagi projek yang ditunggu-tunggu rakyat dan saya pasti akan kita jayakan sekali lagi, Insya-Allah," kata Najib.
 
Sementara itu, perdana menteri turut berkongsi kegembiraan beliau membaca maklum balas yang diberikan oleh pengguna berkenaan infrarakyat MRT Sungai Buloh-Kajang yang dibuka sepenuhnya pada 17 Julai lepas.
 
"Alhamdulillah semuanya memberi maklum balas positif, malah berbangga dengan hasil titik peluh anak-anak Malaysia yang merancang dan membina projek pengangkutan awam bertaraf dunia tersebut," kata Najib.
 
Dalam masa sama beliau turut membidas kata-kata pemimpin pembangkang tidak lama dahulu yang menuduh kos membina MRT memakan belanja sebanyak RM100 bilion.
 
"Tidak masuk akal langsung. Apakah boleh kita mempercayai mereka ini? Seperti tuduhan-tuduhan lain, ini hanyalah satu taktik untuk mengeliru dan menakutkan rakyat," katanya.
 
Najib menjelaskan bahawa kejayaan pembinaan MRT dari segi kewangan sebahagian besarnya adalah menerusi sistem tender yang telah dilaksanakan dalam memastikan ketelusan dan kelangsungan projek ini, selain urus tadbir yang baik.
 
"Dalam proses ini, kita tidak lupa akan agenda pemerkasaan Bumiputera juga. Kita turut memberi peluang dan manfaat kepada ramai Bumiputera melalui inisiatif 'carve out and compete'.
 
"Kira-kira 50 peratus pakej kerja telah diberikan kepada syarikat Bumiputera untuk Pakej Kerja Utama," tambah Najib.
 
Perdana menteri berkata ini adalah antara usaha kerajaan untuk mempromosi pembangunan kapasiti kepada syarikat Bumiputera, selain membuktikan bahawa syarikat-syarikat Bumiputera mempunyai kemampuan jika diberi peluang.
 
"Lihatlah hasilnya, terbukti Bumiputera dan anak-anak Melayu mampu 'deliver' (melaksanakannya), sekaligus mengubah persepsi terhadap kontraktor Bumiputera dan Melayu," katanya.
 
 


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Laluan MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya sedang disempurnakan - Najib

Sekianlah artikel Laluan MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya sedang disempurnakan - Najib kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Laluan MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya sedang disempurnakan - Najib dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/08/laluan-mrt-sungai-buloh-serdang.html

Subscribe to receive free email updates: