Judul : Keputusan permohonan Najib, kerajaan batal saman Tony pada 13 Oktober
link : Keputusan permohonan Najib, kerajaan batal saman Tony pada 13 Oktober
Keputusan permohonan Najib, kerajaan batal saman Tony pada 13 Oktober
ANTARAPOS.COMKUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 13 Oktober depan sebagai tarikh bagi keputusan permohonan Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan untuk membatalkan saman Ahli Parlimen, Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kiam Wee.
Ia berhubung dakwaan Perdana Menteri telah melakukan salah laku dalam jawatannya sebagai pegawai awam.
Tarikh itu ditetapkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Datin Faizah Jamaludin selepas pihak-pihak yang terlibat dalam saman itu menghadiri pengurusan kes tersebut, kata Peguam yang mewakili Najib, Datuk Mohd. Hafarizam Harun kepada pemberita.
Pada masa yang sama, menurut Mohd. Hafarizam, mahkamah meminta, sekiranya boleh mereka memberikan salinan Data Urus Tadbir Syarikat 1MDB.
Namun begitu Mohd Hafarizam berkata, pihaknya tetap dengan pendirian bahawa Perdana Menteri bukan pengarah mahupun pemegang saham 1MDB.
Justeru ujar peguam itu, dokumen tersebut perlu diberikan sendiri oleh 1MDB.
Terdahulu plaintif memfailkan saman tersebut terhadap Najib dan kerajaan pada 16 Januari lalu atas dakwaan Najib terlibat dalam salah laku pentadbiran awam dan kerajaan, membabitkan dana 1MDB.
Appear first on Times News Malaysia
Demikianlah Artikel Keputusan permohonan Najib, kerajaan batal saman Tony pada 13 Oktober
Sekianlah artikel Keputusan permohonan Najib, kerajaan batal saman Tony pada 13 Oktober kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Keputusan permohonan Najib, kerajaan batal saman Tony pada 13 Oktober dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/08/keputusan-permohonan-najib-kerajaan.html