Judul : ‘Kepesatan ekonomi Selangor boleh diaplikasi di Putrajaya’
link : ‘Kepesatan ekonomi Selangor boleh diaplikasi di Putrajaya’
‘Kepesatan ekonomi Selangor boleh diaplikasi di Putrajaya’
KEADILAN DAILY
KUALA LUMPUR: Pertumbuhan pendapatan Kerajaan Persekutuan mampu ditingkatkan ke tahap lebih baik jika formula pentadbiran Selangor digunakan dalam mentadbir Putrajaya.
Ketua Pegawai Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor, Dr Fahmi Ngah berkata keyakinan itu adalah berdasarkan kadar purata pertumbuhan pendapatan Selangor pada 2015 dan 2016.
Menurutnya, ia berada pada paras 10.4 peratus setahun berbanding Persekutuan yang menyusut kepada 0.6 peratus setahun.
“Ini bermakna Selangor mampu merangka inisiatif penjanaan pendapatan baru seperti kutipan hasil lebih baik, tiada rasuah dan ketirisan ataupun melabur dalam pelaburan yang memberikan pulangan lebih baik.
“Selangor juga selalunya memperuntukkan peratusan perbelanjaan pembangunan tahunan jauh lebih besar daripada Persekutuan.
“Pada 2017 (ia) dilonjakkan kepada 52 peratus daripada jumlah perbelanjaan tahunan berbanding 18 peratus sahaja di peringkat Persekutuan,” katanya memetik SelangorKini.
Katanya lagi, Selangor turut menganggarkan kadar pertumbuhan pendapatan kerajaan pada kadar 13 peratus berbanding 0.8 peratus pada peringkat Persekutuan, tahun ini.
Timbalan Pengarah Unit Penyampaian Smart Selangor itu yakin formula sama mampu digunakan apabila mentadbir Putrajaya.
“Saya yakin kadar pertumbuhan lebih baik mampu dicatatkan untuk 2018 dan tahun mendatang jika kerajaan negeri berani melaksanakan pelaburan dalam industri baru seperti bioteknologi, e-dagang, halal, ‘smart cities’ dan aeroangkasa,” katanya.
Selangor adalah salah satu negeri yang diterajui pembangkang dan menteri besarnya adalah Timbalan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
Appear first on Times News Malaysia
Demikianlah Artikel ‘Kepesatan ekonomi Selangor boleh diaplikasi di Putrajaya’
Sekianlah artikel ‘Kepesatan ekonomi Selangor boleh diaplikasi di Putrajaya’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel ‘Kepesatan ekonomi Selangor boleh diaplikasi di Putrajaya’ dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/08/kepesatan-ekonomi-selangor-boleh.html