IMDB: Apa yang Pas puas hati selepas jumpa Arul Kanda, soal Husam

IMDB: Apa yang Pas puas hati selepas jumpa Arul Kanda, soal Husam - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul IMDB: Apa yang Pas puas hati selepas jumpa Arul Kanda, soal Husam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : IMDB: Apa yang Pas puas hati selepas jumpa Arul Kanda, soal Husam
link : IMDB: Apa yang Pas puas hati selepas jumpa Arul Kanda, soal Husam

Baca juga


IMDB: Apa yang Pas puas hati selepas jumpa Arul Kanda, soal Husam

ZIKRI ABDULLAH

ipic 1mdb 3


Terkejut terhadap kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyatakan rasa puas hati terhadap penjelasan Arul Kanda Kandasamy tentang 1MDB, Naib Presiden AMANAH Datuk Husam Musa menimbulkan beberapa persoalan.

"Dari mana 1MDB akan memperolehi RM2.5 bilion untuk bayaran kepada IPIC yang termungkir pada 31 Julai lalu kalau bukan dibayar oleh Kerajaan Malaysia menerusi pengeluaran bon," soal beliau.

"Pelan rasionalisasi mana pula yang menghasilkan RM2.5 billion untuk bayaran itu jika benar 1MDB sendiri membayarnya?

"Secara khusus apa yang dikatakan oleh Timbalan Presiden Pas sebagai 'Pas berpuas hati' dengan pelan rasionalisasi itu," soalnya lagi.

Semalam, Arul Kanda yang merupakan Presiden 1MDB memberikan penerangan kira-kira dua jam kepada Tuan Ibrahim dan hampir 30 ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, serta tokoh jemputan seperti bekas menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Sidang meja bulat itu diadakan di Hotel de Palma, Ampang.

“Secara keseluruhan bagi pihak kami kita berpuas hati dengan penjelasan yang dibuat Arul khusus pelan rasionalisasi yang telah dicadang beliau bagi mengatasi kemelut berlaku dalam 1MDB,” kata Tuan Ibrahim pada sidang media selepas sidang tersebut.

Husam turut membangkitkan semula kenapa bayaran pertama kepada Aabar dulu dimasukkan ke dalam akaun syarikat yang salah.

"Apa tindakan yang telah diambil ke atas pengurusan atas 'kesilapan' itu sehingga kini," katanya.

Kenapa katanya 1MDB tidak berterus terang tentang salah pembayaran itu dengan rakyat Malaysia selama ini.

"Jika ia tidak tersalah bayar, kenapa 1MDB tidak berjaya membuktikan hal itu semasa Arbitrasi di London?

"Adakah isu-isu ini dibangkitkan oleh Pas semasa bertemu Arul," katanya.

Jika semua ini telah dijelaskan dalam pertemuan antara dua pihak itu, beliau mahu perkara itu dikongsikan dengan rakyat jelata.

"Jelaskan kepada umum. Barulah kami boleh faham apa yang telah Pas berpuas hati," katanya.

Syarikat kerajaan Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC) pada 1 Ogos memberikan masa lima ari bekerja kepada 1MDB untuk melangsaikan hutang AS$603 juta (kira-kira RM2.58 bilion) yang gagal dibayar pada 31 Julai.



Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel IMDB: Apa yang Pas puas hati selepas jumpa Arul Kanda, soal Husam

Sekianlah artikel IMDB: Apa yang Pas puas hati selepas jumpa Arul Kanda, soal Husam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel IMDB: Apa yang Pas puas hati selepas jumpa Arul Kanda, soal Husam dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/08/imdb-apa-yang-pas-puas-hati-selepas.html

Subscribe to receive free email updates: