Hisham, Nazri Mahu SPRM Siasat Kekayaan Keluarga Tun Mahathir

Hisham, Nazri Mahu SPRM Siasat Kekayaan Keluarga Tun Mahathir - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hisham, Nazri Mahu SPRM Siasat Kekayaan Keluarga Tun Mahathir, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hisham, Nazri Mahu SPRM Siasat Kekayaan Keluarga Tun Mahathir
link : Hisham, Nazri Mahu SPRM Siasat Kekayaan Keluarga Tun Mahathir

Baca juga


Hisham, Nazri Mahu SPRM Siasat Kekayaan Keluarga Tun Mahathir

PETALING JAYA: Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Hussein mahu pihak berkuasa menyiasat Tun Dr. Mahathir Mohamad dan ahli keluarganya berhubung kekayaan dimiliki bekas perdana menteri itu selama 22 tahun memerintah negara.
Kata beliau, adalah tidak wajar hanya sebelah pihak yang didakwa sahaja disiasat manakala pihak membuat dakwaan tidak perlu berbuat apa-apa.
Dipetik Utusan Online, beliau yang juga menteri pertahanan berkata, Dr Mahathir juga tidak sesempurna mana selama memerintah negara kerana bukan merupakan malaikat.
“Jangan kita sahaja menari mengikut rentak mereka. Tun Mahathir juga perlu disiasat (atas kekayaan dimilikinya dan ahli keluarga),” kata di Kangar hari ini.
Dalam pada itu, Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Nazri Aziz berkata, Dr. Mahathir juga perlu sedia disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung aset bekas perdana menteri itu dan keluarganya seperti yang dilakukan oleh Ahmad Zahid.
Nazri, menteri pelancongan dan kebudayaan berkata, adalah tidak adil hanya timbalan perdana menteri sahaja yang disiasat berhubung tuduhan memiliki wang sebanyak RM230 juta yang dilemparkan oleh Dr Mahathir.
“Kalau Ahmad Zahid berani untuk nyatakan dia rela disiasat, saya rasa tidak adil kalau beliau sahaja yang disiasat, orang yang membuat tuduhan pun patut disiasat sebab anaknya kaya.
“Kita pun nak tahu anak beliau tiba-tiba jadi kaya,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Padang Rengas, Perak.
Minggu lalu, Dr. Mahathir baru-baru ini membangkitkan isu pengisytiharan harta dibuat Ahmad Zahid semasa dilantik sebagai Ketua Pemuda Umno termasuk memiliki RM230 juta dalam akaun banknya.
Bagaimanapun, Mahathir mengakui tiada bukti hitam putih berhubung dakwaannya.
“Pada masa itu, dia (Zahid) beri laporan mulut kepada saya, saya tidak ambil berat perkara itu. Dia bagi penerangan kononnya hasil perniagaan, walaupun saya ragu-ragu, saya tidak ada bukti ketika itu.
“Sekarang ini patut dia jawab dari mana dia dapat wang sebegitu banyak,” kata beliau. #sumber


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Hisham, Nazri Mahu SPRM Siasat Kekayaan Keluarga Tun Mahathir

Sekianlah artikel Hisham, Nazri Mahu SPRM Siasat Kekayaan Keluarga Tun Mahathir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hisham, Nazri Mahu SPRM Siasat Kekayaan Keluarga Tun Mahathir dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/08/hisham-nazri-mahu-sprm-siasat-kekayaan.html

Subscribe to receive free email updates: