HARAPAN Berarak Serah Memorandum Kes 1MDB Kepada SPRM

HARAPAN Berarak Serah Memorandum Kes 1MDB Kepada SPRM - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul HARAPAN Berarak Serah Memorandum Kes 1MDB Kepada SPRM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : HARAPAN Berarak Serah Memorandum Kes 1MDB Kepada SPRM
link : HARAPAN Berarak Serah Memorandum Kes 1MDB Kepada SPRM

Baca juga


HARAPAN Berarak Serah Memorandum Kes 1MDB Kepada SPRM


PUTRAJAYA: Kira-kira 20 pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) hari ini berarak dari Putrajaya Sentral ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Presint 3 dekat sini bagi menyerahkan memorandum berhubung skandal 1MDB.
Setibanya di pintu masuk bangunan SPRM, hanya enam pemimpin HARAPAN antaranya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dibenarkan masuk ke ibu pejabat agensi berkenaan bagi menyerahkan memorandum.
Ia diserahkan kepada Ketua Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Muhamad Zakuan Halim.
Memorandum itu antara lain menuntut agar SPRM membuka semula kertas siasatan ke atas kes penyelewengan yang melibatkan 1MDB sejajar dengan pendedahan yang dibuat Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ).
Sementara itu, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah memuji seni bina bangunan baru SPRM berkenaan, namun berkata, ia tidak mendatangkan apa-apa makna jika skandal 1MDB tidak disiasat secara menyeluruh.
“Mereka baru masuk (ke bangunan ini) satu atau dua bulan. Saya sangat kagum (dengan seni binannya).
“Namun, apa guna kalau inilah SPRM (yang melindungi) kleptokrasi,” katanya kepada pemberita, di sini.
Beliau mencadangkan agar badan bebas itu melakukan kempen bertujuan untuk membersihkan nama baik negara yang semakin buruk ekoran sehingga kini tiada tindakan drastik diambil pihak berkuasa negara ini ke atas individu yang terbabit dalam skandal 1MDB.
“Saya harap Ketua Pesuruhjaya dan semua pegawai-pegawai tinggi SPRM melakukan satu mesyuarat bagi membincangkan isu ini, mengenai bagaimana mereka mahu berusaha untuk membersihkan nama baik SPRM.
“Satu cara adalah dengan membuka semula siasatan skandal 1MDB,” katanya.
Minggu lepas, HARAPAN turut menghantar memorandum ke Bank Negara bagi menuntut agensi itu melakukan siasatan terhadap 1MDB. #sumber


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel HARAPAN Berarak Serah Memorandum Kes 1MDB Kepada SPRM

Sekianlah artikel HARAPAN Berarak Serah Memorandum Kes 1MDB Kepada SPRM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel HARAPAN Berarak Serah Memorandum Kes 1MDB Kepada SPRM dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/08/harapan-berarak-serah-memorandum-kes.html

Subscribe to receive free email updates: