Judul : Hakim 'Undur Diri', Rasa Bimbang Berlaku Tidak Adil Adili Kes Anwar Ibrahim !
link : Hakim 'Undur Diri', Rasa Bimbang Berlaku Tidak Adil Adili Kes Anwar Ibrahim !
Hakim 'Undur Diri', Rasa Bimbang Berlaku Tidak Adil Adili Kes Anwar Ibrahim !
KUALA LUMPUR: Seorang bekas Timbalan Menteri hari ini mengundur diri daripada perbicaraan melibatkan saman Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap kerajaan mengenai sabitan liwat, dengan berkata penglibatannya sebagai anggota Kabinet mungkin boleh mempengaruhi keputusannya.
Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, yang pernah bertanding atas tiket Barisan Nasional di Kuala Terengganu pada 2009 tetapi tewas kepada PAS, berkata beliau memutuskan untuk mengundur diri kerana pernah memegang jawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Mohd Azlan.
“Saya masih ingat diberikan taklimat oleh pengarah Jabatan Siasatan Jenayah mengenai apa yang kini dikenali sebagai kes Liwat II,” katanya dalam kenyataan.
“Kes di hadapan saya ialah mengenai Liwat II, dan isu yang dibangkitkan ialah sama ada terdapat elemen pemalsuan keterangan oleh saksi pendakwaan,” katanya.
Pada 2008, Saiful membuat laporan polis mendakwa diliwat oleh Anwar di sebuah kondominium di Damansara. Mahkamah Tinggi pada 2012 membebaskan Anwar, tetapi keputusan itu diubah oleh Mahkamah Rayuan.
Pada 2015, Mahkamah Persekutuan mempertahankan sabitan salah terhadap Anwar oleh Mahkamah Rayuan, dan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara.
Pada April 17, 2017, Anwar melalui peguam N Surendran memfailkan saman terhadap kerajaan dan mendakwa sabitan terhadapnya berdasarkan keterangan bohong oleh Saiful di Mahkamah Tinggi.
Wan Farid berkata beliau pernah diberikan taklimat mengenai penangkapan Anwar.
“Walaupun saya tidak ada akses terhadap kertas siasatan, tetapi saya boleh, maka di sana terdapat kemungkinan berlaku tidak adil,” katanya.
“Adalah wajar saya mengundur diri,” katanya, sambil menambah keadilan bukan sahaja perlu dilaksanakan, tetapi juga perlu dilihat dilaksanakan.
Mahkamah akan bersidang lagi pada 10 Ogos untuk pengurusan kes.
Ia bukan kali pertama Wan Farid mengundur diri daripada menghakimi kes.
Mei lalu, beliau mengundur diri daripada perbicaraan melibatkan saman Datuk Seri Najib Razak terhadap Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berhubung video Facebook yang didakwa memfitnah Perdana Menteri.
Wan Farid berkata beliau tidak wajar mendengar kes itu kerana pernah memegang jawatan politik di bawah pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Wan Farid dilantik pesuruhjaya kehakiman pada 15 Disember 2015, sehari selepas keluar UMNO. #sumber
Appear first on Times News Malaysia
Demikianlah Artikel Hakim 'Undur Diri', Rasa Bimbang Berlaku Tidak Adil Adili Kes Anwar Ibrahim !
Sekianlah artikel Hakim 'Undur Diri', Rasa Bimbang Berlaku Tidak Adil Adili Kes Anwar Ibrahim ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Hakim 'Undur Diri', Rasa Bimbang Berlaku Tidak Adil Adili Kes Anwar Ibrahim ! dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/08/hakim-undur-diri-rasa-bimbang-berlaku.html