Didakwa rancang jatuhkan Najib, polis akan siasat Dr Mahathir

Didakwa rancang jatuhkan Najib, polis akan siasat Dr Mahathir - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Didakwa rancang jatuhkan Najib, polis akan siasat Dr Mahathir, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Didakwa rancang jatuhkan Najib, polis akan siasat Dr Mahathir
link : Didakwa rancang jatuhkan Najib, polis akan siasat Dr Mahathir

Baca juga


Didakwa rancang jatuhkan Najib, polis akan siasat Dr Mahathir

 


POLIS akan memanggil Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad untuk soal siasat kerana didakwa cuba menggulingkan Perdana Menteri Najib Razak, kata Timbalan Ketua Polis Negara Noor Rashid Ibrahim hari ini.

Laporan polis sudah diterima dan siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah, kata Noor Rashid seperti dipetik Astro Awani.

Dr Mahathir didakwa mencadangkan supaya Najib disingkirkan kepada Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi. Zahid juga mendakwa dia mempunyai rakaman perbualan itu yang berlaku pada 2015, tidak lama selepas dia dilantik menjadi pemimpin nombor dua tertinggi negara itu.

"Jangan bimbang, kami akan meneliti semua laporan dengan terperinci dan akan menyerahkannya kepada pihak pendakwaraya untuk membuat keputusan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Hijau PDRM 2017, hari ini.

Zahid menafikan yang dia terlibat dalam sebarang rancangan untuk menjatuhkan Najib, yang menjadi sasaran serangan Dr Mahathir selepas skandal syarikat sarat hutang negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terbongkar.

Bekas perdana menteri itu sudah keluar daripada Umno dan menyertai pembangkang. Dia kini adalah pengerusi Pakatan Harapan (PH).

Zahid berkata dia mempunyai bukti mencukupi dalam rakaman itu yang menunjukkan Dr Mahathir mencadangkan supaya Najib digulingkan melalui undi tidak percaya di Parlimen.

Timbalan perdana menteri itu menjawab tuduhan Dr Mahathir sebelum ini yang mendakwa Zahid pernah datang berjumpa dengannya bagi meminta sokongan untuk menyingkirkan Najib selepas dia dilantik menjawat jawatan nombor dua itu.

Zahid menggantikan Muhyiddin Yassin yang dipecat Najib selepas lantang mengkritik perdana menteri berkaitan skandal 1MDB.



Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Didakwa rancang jatuhkan Najib, polis akan siasat Dr Mahathir

Sekianlah artikel Didakwa rancang jatuhkan Najib, polis akan siasat Dr Mahathir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Didakwa rancang jatuhkan Najib, polis akan siasat Dr Mahathir dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/08/didakwa-rancang-jatuhkan-najib-polis.html

Subscribe to receive free email updates: