Judul : [DEDAH] PANAS!!! Hingga Tahap Ini Tindakan Tun M. Samada Nyanyuk, Atau Buang Tabiat Sahaja Yang Tergamak Lakukannya... #SahabatSMB
link : [DEDAH] PANAS!!! Hingga Tahap Ini Tindakan Tun M. Samada Nyanyuk, Atau Buang Tabiat Sahaja Yang Tergamak Lakukannya... #SahabatSMB
[DEDAH] PANAS!!! Hingga Tahap Ini Tindakan Tun M. Samada Nyanyuk, Atau Buang Tabiat Sahaja Yang Tergamak Lakukannya... #SahabatSMB
KEMANA MENGHILANGNYA KEMALUAN TUN MAHATHIR?
"Bayangkan apa yang Mahathir sanggup lakukan untuk memastikan Mukhriz menjadi Presiden UMNO." Dan kita tidak perlu membayangkan lagi kerana sejak Tiga tahun terakhir ini dia telah menunjukkan sifat sebenarnya dengan apa yang dia mampu lakukan untuk memastikan anaknya menjadikan Perdana Menteri.
Gambar 1 |
GAMBAR 1: Mahathir MEMANG TAK MALU jika dia boleh menghadiri perhimpunan Umno Disember 2015 dengan harapan dapat menyaksikan UMNO akan meluluskan undi tidak percaya terhadap Najib
Gambar 2 |
GAMBAR 2: Mahathir MEMANG TAK MALU kerana menuduh Najib telah banyak memberi muka kepada orang Cina SEDANGKAN dia sendiri telah menjadikan ramai orang Cina menjadi billionaire
Gambar 3 |
GAMBAR 3: Mahathir MEMANG TAK MALU sekiranya dia boleh membenarkan DAP menggunakannya untuk menyingkirkan Najib dan membenarkan DAP menggunakan orang Melayu untuk mengkritik orang Melayu
Gambar 4 |
GAMBAR 4: Mahathir MEMANG TAK MALU kalau boleh menggadap DYMM Sultan Kedah untuk menyerahkan borang Deklarasi Rakyat yang menggandungi tandatangan palsu
Gambar 5 |
GAMBAR 5: Mahathir MEMANG TAK MALU sekiranya dia boleh berjumpa dengan Anwar Ibrahim selepas dia kutuk Anwar selama 18 tahun
Gambar 6 |
GAMBAR 6: Mahathir MEMANG TAK MALU jika dia boleh bersetuju dengan cadangan untuk melantik Anwar menjadi Perdana Menteri ke-7 dan selepas itu mengatakan Anwar akan menjadi Perdana Menteri ke-8
"Mahathir has no shame" – Malaysia Today
NO HOLDS BARRED
By: Raja Petra Kamarudin
(Translated by: Ariff Ahmad)
Tiga hari lalu Mahathir telah menulis di blognya satu artikel berjudul 'No Shame' atau 'Tak Malu'. Meneliti kepada semua isu-isu yang dibangkitkannya, ia adalah seolah-olah Mahathir sedang menulis autobiografinya sendiri. Itulah yang mereka katakan mencerminkan diri sendiri.
Ya Allah, saya tidak dapat membayangkan apa yang mendorongkan Mahathir menulis sesuatu artikel seperti itu melainkan kecuali apa yang orang Melayu dikatakan iaitu Mahathir sedang BUANG TABIAT. Berdasarkan kepada umur Mahathir maka ia mungkin betul walaupun sejarah keluarganya diketahui telah hidup sepanjang hayat, iaitu bermaksud bahawa Mahathir masih boleh hidup sehingga sekitar hingga GE15 ... ASTAGFIRULLAHALADZIM.
Pada hakikatnya Mahathir adalah sukar difahami tetapi pada masa yang sama dia boleh diramalkan. Sifat itu sendiri adalah satu percanggahan kerana enigma (sukar difahami) sepatutnya menjadi satu misteri, membingungkan atau sukar difahami. Namun, Mahathir mudah sangat hendak diramalkan apa tindakannya, anda akan dapat meneka dengan tepat apa yang dia sedang rancang dan pencapaian apa yang diharapkannya. Mereka yang rapat dengan Mahathir mengatakan anda tidak boleh mendengar apa yang dia katakan tapi perhatikan apa yang dia lakukan kerana dia biasanya mengatakan satu perkara tetapi melakukan sebaliknya.
Pendek kata, apa yang dikatakan oleh Mahathir adalah bertentangan dengan kebenaran iaitu apa yang dia katakan adalah sebagai red herring (taktik untuk mengalihkan perhatian). Pada bulan Mac 2012, Nawawi Mohamad telah membuat suatu analisis yang tepat tentang Mahathir. Analisis itu dibuat sebelum Mahathir membuat keputusan untuk menggulingkan Perdana Menteri Najib Tun Razak. Jadi pada masa itu Mahathir masih mengharap Najib akan membantu Mukhriz untuk memenangi jawatan Naib Presiden UMNO dan seteruanya menjadi bakal Timbalan Perdana Menteri, yang dijadualkan berlaku pada tahun berikutnya iaitu pada tahun 2013.
Jadi apa yang ditulis Nawawi sebelum Mahathir serang Najib dan sebelum dia memutuskan untuk sabotajkan 1MDB dan menggunakan isu 1MDB sebagai pemangkin untuk menjatuhkan Najib. Marilah kita lihat apa yang dikatakan Nawawi.
Bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad telah mengkritik setiap perdana menteri Malaysia mulai dari Almarhum Tunku Abdul Rahman sehinggalah kepada pemimpin semasa Najib Razak, tanpa mengecualikan sesiapa pun melainkan dirinya sendiri. Mahathir juga mengkritik pemimpin dunia lain termasuk Tony Blair dari UK dan sudah tentu termasuk George W Bush, Presiden ke-43 Amerika Syarikat.
Kesilapan kedua Mahathir, adalah keputusan bodohannya untuk menggabungkan sebahagian besar kekayaan negara dibawah kelolaan beberapa orang kroni. Penggabungan kekayaan ini di tangan beberapa orang secara tidak langsung menyebabkan orang Melayu dan rakyat Malaysia hanya mendapat sedikit serdak untuk berkongsi sesama mereka, situasi yang sekarang meletus sehingga berlaku perselisihan faham pada hari ini tentang kesaksamaan sosial dan ekonomi. Bukan sahaja berlaku kekurangan wang untuk biasiswa, pendidikan, penjagaan kesihatan, pekerjaan dan kebajikan untuk semua orang, malah orang Melayu yang telah berulang kali diberitahu oleh parti UMNO pimpinan Mahathir bahawa mereka akan diberi keutamaan, kini berada dalam keadaan tertekan.
Mahathir tidak meramalkan bahawa Hutang Negara boleh meningkat tinggi hari ini, yang telah melonjak sehingga lebih RM450 bilion. Walaupun terdapat beberapa lawatan 'mengemis' ke Singapura dan Brunei, permintaan Mahathir ditolak dengan sopan. Akhirnya, Mahathir meminjam dari luar negara dengan mengeluarkan bon dan bertindak 'mencuri' setiap sen daripada Petronas dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (Government-Linked-Companies) yang lain untuk membiayai projek mega. Sepanjang pemerintahan 22 tahunnya, Mahathir tidak pernah menyimpan satu sen pun untuk Malaysia untuk digunakan semasa kecemasan. Dan inilah kesilapan keempatnya.
Mahathir hanyalah seorang doktor biasa; Seorang pengamal perubatan am dan bukannya seorang pakar. Asas pemahaman beliau mengenai ekonomi adalah sama seperti kebanyakkan rakyat Malaysia. Ideanya untuk meningkatkan ekuiti orang Melayu begitu mudah iaitu menggunakan GLC. Visi Mahathir untuk melakukan perniagaan adalah dengan membuat keuntungan melalui mengawal saham dalam seberapa banyak syarikat tanpa mempertimbangkan kemungkinan kehilangan wang. Sedih untuk mengatakan bahawa dalam kehidupan sebenar, perniagaan juga melibatkan kerugian, dan bukan hanya keuntungan.
Ego Mahathir dan keinginannya telah dengan tidak disengajakan menjadikannya seorang diktator adalah kesilapan keenamnya. Beliau meminda perlembagaan untuk melemahkan kuasa Agong dan Sultan dan kemudian memastikan bahawa undang-undang dan badan penguatkuasaan mematuhi kehendak dia. Beliau memecat Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas dan menutup kedua-dua mata apabila hakim secara terbuka mengamalkan rasuah. Adalah sukar bagi rakyat Malaysia dan pelabur-pelabur mereka untuk mempercayai sepenuhnya kepada sistem kehakiman negara. Itulah sebabnya UMNO-BN telah kehilangan keutuhannya dan rakyatnya hilang kepercayaan kepada gabungan itu. Rakyat Malaysia akan sentiasa tidak percaya apa yang dilakukan oleh UMNO-BN walaupun ia mungkin dilakukan dengan niat baik.
Apabila Mahathir menyedari bahawa cara pentadbirannya telah mula menunjukkan kesan negatif, dia menyerahkan kuasa itu kepada Abdullah Badawi, dengan harapan bahawa dia masih boleh mengawal pelaksanaan kerajaan dengan 'kawalan jarak jauh'. Tetapi apabila sistem pentadbiran tidak diuruskan mengikut kehendaknya, Mahathir terpaksa mengulingkan Badawi dan menggantikannya dengan Najib. Beliau bukannya hendak memberi bantuan tetapi sebaliknya Mahathir terus bertindak campur tangan didalam pentadbiran negara. Mengganggu dengan pentadbiran negara dan tidak membenarkan pemimpin semasa untuk membuat penyelesaian yang sesuai dengan era terkini adalah kesilapan kesembilan Mahathir.
Namun Mahathir tetap tegas untuk menolak atau menerima atau mengakui kesilapannya. Ini adalah seorang lelaki yang tidak boleh menerima kenyataan. Beliau benar-benar tidak peduli dengan kebajikan rakyat Malaysia sama sekali, termasuk orang Melayu atau UMNO. Dia hanya mahu menyelamatkan maruahnya dan memastikan anaknya Mukhriz menjadi Perdana Menteri walaupun dia terpaksa menghadapi panglima-panglima UMNO sekarang untuk melaksanakan niatnya itu.
Zalim dan mementingkan diri sendiri, Mahathir tidak akan berfikir kesan yang akan menimbulkan huru-hara hanya kerana untuk memenuhi cita-citanya itu. Lagipun, dia telah membatalkan pendaftaran UMNO 1946 dan mendaftarkan UMNO Baru hanya untuk terus berkuasa. Bayangkan apa yang Mahathir sanggup lakukan untuk memastikan Mukhriz menjadi Presiden UMNO. Perbuatannya yang mengganggu urusan pentadbiran telah menyebabkan UMNO menghadapi kesulitan itu adalah kesilapan kesepuluh dan terakhirnya. Mahathir akan menghukum UMNO, dan dalam keadaan lemah, UMNO kemungkinan besar akan mengambil sesuatu tindakan terhadap Mahathir.
Itu adalah satu analisis sangat menarik dan sangat tepat tentang Mahathir. Dan analisis itu dilakukan sebelum Mahathir memutuskan untuk menyerang 1MDB dan menggunakannya untuk cuba menjatuhkan Najib. Dan ia dibuat pada tahun 2012, sebelum Mahathir memulakan serangannya, Nawawi berkata, "Bayangkan apa yang Mahathir sanggup lakukan untuk memastikan Mukhriz menjadi Presiden UMNO." Dan kita tidak perlu membayangkan lagi kerana sejak Tiga tahun terakhir ini dia telah menunjukkan sifat sebenarnya dengan apa yang dia mampu lakukan untuk memastikan anaknya menjadikan Perdana Menteri.
Sumber : Tun Kirrai
Appear first on Times News Malaysia
Demikianlah Artikel [DEDAH] PANAS!!! Hingga Tahap Ini Tindakan Tun M. Samada Nyanyuk, Atau Buang Tabiat Sahaja Yang Tergamak Lakukannya... #SahabatSMB
Sekianlah artikel [DEDAH] PANAS!!! Hingga Tahap Ini Tindakan Tun M. Samada Nyanyuk, Atau Buang Tabiat Sahaja Yang Tergamak Lakukannya... #SahabatSMB kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [DEDAH] PANAS!!! Hingga Tahap Ini Tindakan Tun M. Samada Nyanyuk, Atau Buang Tabiat Sahaja Yang Tergamak Lakukannya... #SahabatSMB dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/08/dedah-panas-hingga-tahap-ini-tindakan.html