Benarkah Mereka Yang Mahu Melakukan Ibadah Korban TIDAK BOLEH POTONG KUKU?

Benarkah Mereka Yang Mahu Melakukan Ibadah Korban TIDAK BOLEH POTONG KUKU? - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Benarkah Mereka Yang Mahu Melakukan Ibadah Korban TIDAK BOLEH POTONG KUKU?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Benarkah Mereka Yang Mahu Melakukan Ibadah Korban TIDAK BOLEH POTONG KUKU?
link : Benarkah Mereka Yang Mahu Melakukan Ibadah Korban TIDAK BOLEH POTONG KUKU?

Baca juga


Benarkah Mereka Yang Mahu Melakukan Ibadah Korban TIDAK BOLEH POTONG KUKU?

Telah tersebar dakwaan bahawa mereka yang ingin melakukan ibadah korban tidak boleh potong kuku, cabut bulu atau mencukurnya apabila masuk bulan Zulhijjah. Benarkah dakwaan itu?
Seperti biasa, asas beragama kita ialah kembali merujuk kepada sumber asal utama iaitu Al-Quran dan As-Sunnah, kemudian melihat apa huraian ulama kepada hal itu. Apakah dalil dan ulasan ulama berkaitan hal ini?
عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ، أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏ “‏ إِذَا دَخَلَتِ الْعَشْرُ وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ فَلاَ يَمَسَّ مِنْ شَعَرِهِ وَبَشَرِهِ شَيْئًا ‏”‏
Daripada Ummu Salamah radiallahu ‘anha, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Apabila masuknya sepuluh hari (awal Zulhijjah), dan salah seorang daripada kalian mahu melakukan korban, janganlah dia mencabut bulu atau kukunya.Dalam riwayat lain:
إِذَا رَأَيْتُمْ هِلاَلَ ذِي الْحِجَّةِ وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ فَلْيُمْسِكْ عَنْ شَعْرِهِ وَأَظْفَارِهِ
Apabila kalian melihat anak bulan Zulhijjah, dan salah seorang daripada kalian mahu melakukan korban. Hendaklah menahan diri daripada memotong rambut dan kukunya. [Sahih Muslim, Kitab Al-Adhohiy, Bab Nahy Man Dakhala ‘Alaihi ‘Asyr Dzulhijjah…, hadis no: 1977].

Menurut mazhab Syafie, dimakruhkan sesiapa yang ingin melakukan korban untuk memotong kuku dan sebarang bulu yang ada di tubuh badan bermula pada awal Zulhijjah sehinggalah dia melakukan korban.

Menurut Imam Malik dan Abu Hanifah: Tidak makruh.
Sa’id bin al-Musayyib, Rabi’ah, Ahmad, Ishaq dan Daud pula berpendapat ia haram.

Mazhab Syafie berhujahkan dalil di bawa untuk menunjukkan bahawa larangan dalam hadis di atas adalah makruh dan bukan haram.
عَنْ عَائِشَةَ ـ رضى الله عنها ـ قَالَتْ كُنْتُ أَفْتِلُ قَلاَئِدَ الْغَنَمِ لِلنَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَيَبْعَثُ بِهَا، ثُمَّ يَمْكُثُ حَلاَلاً‏.‏
Daripada ‘Aisyah radiallahu ‘anha, beliau berkata: Aku membuatkan kalung untuk kambing (yang akan dikorbankan) milik Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam. Baginda mengirimkan kambing itu, kemudian baginda tinggal dalam keadaan tidak berihram. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Hajj, Bab Taqlid al-Ghanam, hadis no: 1703].
Seperti diketahui antara perkara yang dilarang dalam ihram ialah memotong kuku dan membuang bulu daripada badan. 
Oleh itu hendaklah seseorang yang akan melakukan korban untuk mengikuti sunnah ini. Potonglah kuku dan cabutlah atau cukurlah bulu-bulu di tubuh sebelum masuknya 1 Zulhijjah. Akan tetapi jika sudah terlanjur melakukan hal ini dalam bulan Zulhijjah, tidaklah ia merosakkan ibadah korban tersebut.
Kesimpulan:
Apa yang tersebar itu adalah sunnah, dan bukan rekaan manusia, dan kita hendaklah berusaha mengamalkan sunnah itu. Jom hidupkan sunnah.
Kongsidakwah_ustaz Nik Mohd Zaim


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Benarkah Mereka Yang Mahu Melakukan Ibadah Korban TIDAK BOLEH POTONG KUKU?

Sekianlah artikel Benarkah Mereka Yang Mahu Melakukan Ibadah Korban TIDAK BOLEH POTONG KUKU? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Benarkah Mereka Yang Mahu Melakukan Ibadah Korban TIDAK BOLEH POTONG KUKU? dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/08/benarkah-mereka-yang-mahu-melakukan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :