Bauksit: Rasuah, Sembilan Orang Pegawai PTG Pahang Di Reman 7 Hari !

Bauksit: Rasuah, Sembilan Orang Pegawai PTG Pahang Di Reman 7 Hari ! - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bauksit: Rasuah, Sembilan Orang Pegawai PTG Pahang Di Reman 7 Hari !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bauksit: Rasuah, Sembilan Orang Pegawai PTG Pahang Di Reman 7 Hari !
link : Bauksit: Rasuah, Sembilan Orang Pegawai PTG Pahang Di Reman 7 Hari !

Baca juga


Bauksit: Rasuah, Sembilan Orang Pegawai PTG Pahang Di Reman 7 Hari !

KUANTAN: Sembilan orang Penolong Penguat kuasa Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang direman 7 hari mulai hari ini bagi membantu siasatan berkaitan perlombongan bauksit haram.
Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman membenarkan permohonan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu yang dikemukakan menerusi Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Fadhly Mohd Zamri.
Semua suspek yang berusia 29 hingga 59 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009, perbuatan disyaki menerima rasuah bagi melindungi aktiviti perlombongan haram.
Mereka ditahan di sekitar daerah ini pada 3.30 hingga 3.45 petang semalam dan dibawa ke Kompleks Mahkamah pada 10.30 pagi dengan memakai baju lokap SPRM.
Mereka antara 10 individu yang ditahan dalam operasi khas SPRM ekoran aktiviti perlombongan itu masih berjalan, walaupun kerajaan mengenakan tempoh moratorium sehingga 31 Disember depan.
Turut ditahan ialah seorang pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia berusia 56 tahun yang direman sehingga 8 Ogos ini.
Dalam operasi itu, SPRM turut menahan 18 lori mengangkut bauksit dari lombong haram sekitar Bukit Goh dan Bukit Sagu di sini.
Pengarah Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahya mengesahkan pihaknya memantau kegiatan itu sejak beberapa bulan lalu. #sumber


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Bauksit: Rasuah, Sembilan Orang Pegawai PTG Pahang Di Reman 7 Hari !

Sekianlah artikel Bauksit: Rasuah, Sembilan Orang Pegawai PTG Pahang Di Reman 7 Hari ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bauksit: Rasuah, Sembilan Orang Pegawai PTG Pahang Di Reman 7 Hari ! dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/08/bauksit-rasuah-sembilan-orang-pegawai.html

Subscribe to receive free email updates: