Ateis: Jawi pantau penglibatan umat Islam

Ateis: Jawi pantau penglibatan umat Islam - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ateis: Jawi pantau penglibatan umat Islam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ateis: Jawi pantau penglibatan umat Islam
link : Ateis: Jawi pantau penglibatan umat Islam

Baca juga


Ateis: Jawi pantau penglibatan umat Islam

BERNAMA




Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) memantau dan menyiasat jika terdapat kumpulan umat Islam terlibat dalam perhimpunan gerakan ateis menerusi Kelab Atheist Republic Kuala Lumpur, yang tular di laman media sosial baru-baru ini.

Pengarah Jawi Abdul Aziz Jusoh, dalam satu kenyataan, berkata pihaknya sentiasa memantau bukan sahaja golongan ateis, malah semua kumpulan yang mempunyai kecenderungan melanggar undang-undang sah sedia ada, di samping mengharapkan aduan awam bagi mengekang kegiatan ini daripada berleluasa.

"JAWI turut merancang beberapa pelan tindakan untuk menangani isu itu secara keseluruhan dengan berhemah. Justeru, pendekatan bagi memahami punca, merawat serta menyediakan solusi kepada masalah ini akan diberi fokus utama dalam menanganinya,

katanya merujuk laporan media berhubung perhimpunan kumpulan ateis di ibu negara baru-baru ini.

Ateis merujuk kepada individu yang tidak percaya kewujudan tuhan serta tidak mempunyai pegangan agama. Baru-baru ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim mahu pihak berkuasa khususnya Majlis Agama Islam memburu kumpulan ateis bagi memperbetulkan akidah mereka jika ia membabitkan orang Islam.

Abdul Aziz berkata Jawi sentiasa membuka ruang untuk semua pihak yang ingin mendapatkan maklumat berhubung agama Islam untuk hadir dan berdiskusi mengenainya.

Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata Jawi akan memanggil dan menasihatkan mana-mana orang Islam di Wilayah Persekutuan yang didapati terlibat kerana tindakan mereka menyertai kelab berkenaan boleh menjejaskan akidah.

Katanya berdasarkan perundangan Islam, penyebaran ajaran ateis di Wilayah Persekutuan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997.

Pada dasarnya,mana-mana ajaran sama ada ateis dan sebagainya yang bercanggah dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah tertolak dan tidak diterima dalam Islam. Malahan, ia juga bercanggah dengan prinsip Rukun Negara iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan, katanya.

Abdul Aziz berkata pemantauan akan dibuat di kawasan tertentu sekitar Lembah Klang dan mana-mana pihak yang didapati menyebarkan ajaran bertentangan dengan agama Islam di kalangan masyarakat, tindakan undang-undang di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah boleh dikenakan terhadap mereka.



Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Ateis: Jawi pantau penglibatan umat Islam

Sekianlah artikel Ateis: Jawi pantau penglibatan umat Islam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ateis: Jawi pantau penglibatan umat Islam dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/08/ateis-jawi-pantau-penglibatan-umat-islam.html

Subscribe to receive free email updates: