'Apa istimewanya Riza, Khairy berbanding anak Mahathir?'

'Apa istimewanya Riza, Khairy berbanding anak Mahathir?' - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'Apa istimewanya Riza, Khairy berbanding anak Mahathir?', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Apa istimewanya Riza, Khairy berbanding anak Mahathir?'
link : 'Apa istimewanya Riza, Khairy berbanding anak Mahathir?'

Baca juga


'Apa istimewanya Riza, Khairy berbanding anak Mahathir?'



Anggota Parlimen Kuala Terengganu mempersoalkan mengapa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak menyiasat anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang terkenal di luar negara, serta menantu bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Menurut Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, Riza Aziz boleh dianggap begitu muda untuk memiliki kekayaan seperti yang dimilikinya ketika ini berbanding ahli perniagaan lain yang lebih veteran.

Katanya, begitu juga dengan Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang terlepas daripada siasatan LHDN ketika agensi berkenaan menyerbu syarikat milik anak lelaki Tun Dr Mahathir Mohamad.

Anggota parlimen mewakili Parti Amanah Negara (AMANAH) itu mengulas tindakan LHDN menyiasat sebuah syarikat Datuk Mokhzani Mahathir.

Mokhzani pernah tersenarai sebagai antara tokoh paling kaya di negara ini.

Semalam Malaysiakini melaporkan serbuan itu dilakukan pihak berkuasa kelmarin.

Bagaimanapun, tidak ada maklumat mengenai tempat kejadian atau firma yang terlibat.

Kata Raja Bahrin selain LHDN, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga tentu mengetahui segala kerja harian keluarga Najib dan Abdullah, termasuk nilai harta yang dimiliki mereka berbanding Mahathir yang tidak lagi memegang jawatan dalam kerajaan.

Beliau juga mempersoalkan tindakan LHDN itu kerana dilakukan setelah Ahmad Zahid dan menteri lain membuat gesaan mengenainya.

Beliau turut menyifatkan LHDN dan SPRM seperti gagal melihat "gajah besar” di depan mata ketika badan antarabangsa termasuk Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat melihat kesalahan tersebut. - MK


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel 'Apa istimewanya Riza, Khairy berbanding anak Mahathir?'

Sekianlah artikel 'Apa istimewanya Riza, Khairy berbanding anak Mahathir?' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'Apa istimewanya Riza, Khairy berbanding anak Mahathir?' dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/08/apa-istimewanya-riza-khairy-berbanding.html

Subscribe to receive free email updates: