Amanah minta RCI ditubuhkan siasat 'Amanat Hadi'

Amanah minta RCI ditubuhkan siasat 'Amanat Hadi' - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Amanah minta RCI ditubuhkan siasat 'Amanat Hadi', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Amanah minta RCI ditubuhkan siasat 'Amanat Hadi'
link : Amanah minta RCI ditubuhkan siasat 'Amanat Hadi'

Baca juga


Amanah minta RCI ditubuhkan siasat 'Amanat Hadi'



Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) perlu ditubuhkan segera bagi menyiasat dakwaan 'Amanat Hadi' yang dikatakan menjadi punca kepada tragedi Memali dengan kadar segera.

Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad berkata, sekiranya benar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak bersalah, maka tindakan perlu diambil terhadap individu yang membuat dakwaan sedemikian.

"Maksud saya, apa niat Ketua Polis Negara (Tan Sri Rahim Noor) pada masa itu untuk membuat dakwaan sedemikian?
"Jika Abdul Hadi tidak bersalah, tindakan perlu diambil terhadap individu yang cuba merosakkan nama baik beliau," katanya ketika dihubungi Sinar Online.

Rahim Noor menggesa Abdul Hadi memberi jawapan berhubung ‘Amanat Hadi’ yang diungkapkannya, dipercayai ada kaitan tragedi Memali, 32 tahun lalu.

Amanat tersebut dikatakan menjadi inspirasi kepada pengikut Pas ketika itu, dengan Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali Ibrahim Libya, antara yang memegang teguh amanat itu.

Khalid berkata, Abdul Hadi juga perlu membuat penjelasan berhubung 'Amanat Hadi' yang didakwa menjadi punca kepada berlakunya tragedi berdarah Memali.

Katanya, penjelasan itu perlu dilakukan kerana kenyataan Abdul Hadi suatu ketika dahulu jelas bercanggah dengan pendirian pemimpin Pas itu pada masa kini.

"Abdul Hadi perlu beri penjelasan kerana waktu itu, dia minta semua orang khusus bagi ahli Pas supaya jangan berbaik dengan Umno.

"Apa yang berlaku ketika itu berbeza dengan sekarang ini di mana Abdul Hadi kelihatan berbaik-baik dengan orang Umno. Jadi dia kena jelaskan semula amanatnya," katanya. - SH


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Amanah minta RCI ditubuhkan siasat 'Amanat Hadi'

Sekianlah artikel Amanah minta RCI ditubuhkan siasat 'Amanat Hadi' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Amanah minta RCI ditubuhkan siasat 'Amanat Hadi' dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/08/amanah-minta-rci-ditubuhkan-siasat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :