Adakah bon Bank Negara RM2.5b untuk bayar hutang 1MDB RM2.56b?

Adakah bon Bank Negara RM2.5b untuk bayar hutang 1MDB RM2.56b? - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Adakah bon Bank Negara RM2.5b untuk bayar hutang 1MDB RM2.56b?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Adakah bon Bank Negara RM2.5b untuk bayar hutang 1MDB RM2.56b?
link : Adakah bon Bank Negara RM2.5b untuk bayar hutang 1MDB RM2.56b?

Baca juga


Adakah bon Bank Negara RM2.5b untuk bayar hutang 1MDB RM2.56b?


Apakah secara kebetulan, Bank Negara menerbitkan bon bernilai RM2.5 bilion, tatkala syarikat pelaburan bermasalah negara – 1Malaysia Development Berhad (1MDB) – tidak ada wang untuk membayar hutang kepada firma Abu Dhabi?
Hutang tertangguh 1MDB RM2.56 bilion. Bon Bank Negara RM2.5 bilion. Kebetulan atau memang dirancang? Tempoh tutup bon Bank Negara 4 Ogos. Tempoh akhir 1MDB kena bayar adalah lima hari kerja bermula 1 Ogos (lebih kurang pada 6 Ogos). Kalau tak bayar juga, denda dan tindakan lain akan dikenakan.
Demikian persoalan dibangkitkan Tokoh Wartawan Negara, Datuk A Kadir Jasin berhubung kelewatan 1MDB membayar kira-kira RM2.56 bilion kepada International Petroleum Investment Co (IPIC) Isnin lalu.
Katanya, 1MDB mengatakan bahawa wang untuk membayar hutang itu adalah menerusi program rasionalisasinya, tapi terlewat disebabkan peraturan dan kelulusan, manakala Perdana Menteri mengatakan kelewatan itu adalah masalah teknikal yang tidak menjejaskan ekonomi.
Adakah teknikal yang Najib maksudkan itu Bank Negara memerlukan masa untuk jual RM2.5 bilion bon dan serah duit itu kepada Kementerian Kewangan supaya Kementerian Kewangan boleh bagi kepada 1MDB untuk bayar kepada IPIC? Tak ramai orang percaya alasan rasionalisasi atau apa-apa pun hikayat daripada 1MDB,” katanya dalam blog beliau.
Mengakui bahawa penjualan bon oleh Bank Negara dan pembelian bon oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP); Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP); Permodalan Nasional Berhad (PNB) atau bank lain sebagai perkara biasa, beliau berkata:
“Tapi kalau bon RM2.5 bilion itu adalah untuk bayar hutang 1MDB, ia bukan perkara biasa malah boleh dianggap kecuaian jenayah (criminal negligence) dalam pengurusan kewangan negara.”
Sementara menulis dalam Sinar Harian hari ini, bekas Ketua Pengarang New Straits Times itu berkata, masalah 1MDB ialah berniaga dengan hutang yang besar tetapi tidak menjana hasil untuk bayaran balik, dan berlaku penyelewengan luar biasa di dalam dan luar negara.
A Kadir berkata, sebagaimana dimaklumkan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara, hutang 1MDB telah meningkat melebihi RM50 bilion pada awal 2016.
“Kita pun sudah dengar macam mana 1MDB telah jual atau gadai harta yang didapatinya dengan harga murah daripada kerajaan macam tanah Tun Razak Exchange (TRX) di Jalan Tun Razak dan bekas Pangkalan Tentera Udara Diraja (TUDM) di Sungai Besi.
“Tapi duit yang ia dapat tak cukup juga untuk bayar balik hutang hingga kerajaan, melalui Kementerian Kewangan, terpaksa ambil alih atau bagi jaminan,” katanya.
Beliau berkata, rakyat tidak akan tahu dari mana 1MDB akan memperoleh wang untuk membayar balik hutang yang banyak, kerana semua urusan berkaitan syarikat itu adalah rahsia, sehingga Dewan Rakyat juga tidak boleh membahasnya.
“Cuma, seperti saya katakan berulang kali, kita harap duit negara dan rakyat jelata tidak lagi diambil secara sah atau haram untuk kambus hutang 1MDB. Secara kebetulan pula, Bank Negara baru saja menjual bon 20 tahun bernilai RM2.5 bilion iaitu hampir bersamaan dengan hutang 1MDB itu,” katanya. - ismaweb


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Adakah bon Bank Negara RM2.5b untuk bayar hutang 1MDB RM2.56b?

Sekianlah artikel Adakah bon Bank Negara RM2.5b untuk bayar hutang 1MDB RM2.56b? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Adakah bon Bank Negara RM2.5b untuk bayar hutang 1MDB RM2.56b? dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/08/adakah-bon-bank-negara-rm25b-untuk.html

Subscribe to receive free email updates: