Zuhdi cabar Mahfuz berdebat

Zuhdi cabar Mahfuz berdebat - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Zuhdi cabar Mahfuz berdebat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Zuhdi cabar Mahfuz berdebat
link : Zuhdi cabar Mahfuz berdebat

Baca juga


Zuhdi cabar Mahfuz berdebat

MALAYSIAKINI


Seorang daripada anggota Jawatankuasa Pusat PAS mencabar bekas naib presiden parti itu, Datuk Mahfuz Omar, untuk berdebat.

Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata debat berkenaan perlu kerana ia boleh menjernihkan "kecelaruan" yang dialami Mahfuz.

Melalui debat, katanya, segala dakwaan yang dibuat anggota parlimen terbabit dapat dijawab.
"Dan Mahfuz sewajarnya tidak lagi celupar jika semua dakwaan beliau sudah terjawab," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mahfuz adalah segelintir tokoh dalam PAS yang dilihat sering mengeluarkan kenyataan tidak sehaluan dengan parti, termasuk presiden mereka, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Keadaan itu menyebabkan beliau digolongkan dalam kumpulan digelar "harumanis" merujuk kepada buah mangga terkenal di Perlis yang mempunyai kulit berwarna hijau namun isinya berwarna oren.

Pada kebanyakan masa Mahfuz juga dianggap bercakap dengan kepentingan Parti Amanah Negara (AMANAH).

Zuhdi yang juga Pengarah Pusat Penyelidikan PAS (PPP) berkata banyak kenyataan Mahfuz bersifat menyerang parti dan ia diselindungkan dengan ungkapan "masih sayang kepada PAS".

"Dengan serangan-serangan tersebut, beliau sebagai anggota parlimen PAS diyakini tidak lagi akan membawa mesej parti.

"PPP juga mendapat maklumat beliau tidak lagi menghadiri program-program penerangan dan penjelasan tentang hala tuju serta pendirian parti, sebaliknya terus menerus mengeluarkan kenyataan mengelirukan," katanya.

Isu yang dibangkitkan Mahfuz, kata Zuhdi, sebenarnya sudah dijawab dalam program-program anjuran PAS.

"Sikap yang ditunjukkan oleh anggota parlimen Pokok Sena itu kelihatan sengaja dilakukan untuk menunjukkan hanya pandangan beliau yang tepat berhubung dengan senario terkini politik," katanya.

Oleh itu, kata Zuhdi, dia mencabar Mahfuz untuk berdebat untuk memberi ruang kepadanya membuktikan keputusan pucuk pimpinan PAS tergelincir daripada matlamat sebenar.

"Disebabkan isu-isu berkaitan hala tuju dan pendirian parti banyak berkaitan dengan hal ehwal dalaman PAS, debat yang dianjurkan hanya terbuka kepada pimpinan dan ahli parti. PPP sendiri bersedia menjadi penganjurnya.

"Selain PPP, saya juga mengalu-alukan jika ada agensi lain parti khususnya yang berada di bawah Badan Perhubungan PAS Kedah menganjurkan debat tersebut," katanya



Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Zuhdi cabar Mahfuz berdebat

Sekianlah artikel Zuhdi cabar Mahfuz berdebat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Zuhdi cabar Mahfuz berdebat dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/07/zuhdi-cabar-mahfuz-berdebat.html

Subscribe to receive free email updates: