Wan Nik: Husam bukan lagi calon boleh menang di Kelantan

Wan Nik: Husam bukan lagi calon boleh menang di Kelantan - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Wan Nik: Husam bukan lagi calon boleh menang di Kelantan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Wan Nik: Husam bukan lagi calon boleh menang di Kelantan
link : Wan Nik: Husam bukan lagi calon boleh menang di Kelantan

Baca juga


Wan Nik: Husam bukan lagi calon boleh menang di Kelantan

Oleh Syed Mu'az Syed Putra
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Naib Pengerusi Amanah, Datuk Husam Musa akan melalui jalan sukar untuk mempertahankan kerusi DUN Salor pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.
 
Pengarah Pusat Kajian Strategik Kelantan, Dr Wan Nik Wan Yussof juga berkata PAS tiada masalah untuk meletakkan calon lain dan berdepan dengan Husam untuk menawan kerusi itu.
 
Ini kerana menurut beliau, pengaruh serta populariti Husam jatuh merudum selepas exco kerajaan negeri Kelantan itu menyertai Amanah.
 
"Kalau kita melihat juga populariti antara tokoh-tokoh misalnya kajian terbaru dibuat Institut Darul Ehsan (IDE) daripada Selangor, satu daripada isu kajian strategik di bawah pejabat Menteri Besar Selangor pada Mac lalu telah pergi ke Kelantan membuat kajian dari segi populariti tokoh-tokoh.
 
"Tiada pun nama Datuk Husam sebagai orang yang boleh menang, itu salah satu contohnya," katanya kepada Antarapos.
 
Untuk rekod Husam dipecat daripada PAS pada 23 April 2016 atas tindakan melanggar tatatertib.
 
Beliau kemudiannya menyertai Amanah yang diasaskan bekas pimpinan utama PAS yang diketuai Mohamad Sabu.
 
Husam akan kalah jika tanding di Kelantan
 
Tambah Wan Nik lagi, menurut kaji selidik yang dijalankan, Husam bukan lagi calon boleh menang di Kelantan.
 
"Ada lagi kajian-kajian lain yang kita dapati tatkala selepas Husam sertai Parti Amanah kita terus turun buat kajian di Salor.
 
"Nilai populariti dia di Salor jatuh terus serta bukan sebagai orang yang menang," katanya.
 
Justeru bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan ini berkata Husam tiada peluang untuk menang di mana-mana kerusi di Kelantan pada PRU14.
 
"Begitu juga selepas Pengerusi Amanah Kelantan dalam majlis pelancaran jentera pilihan raya Parti Amanah Kelantan mengumumkan Husam sebagai orang yang akan bertanding di Parlimen Kota Bharu.
 
"Kita buat kajian selepas daripada itu yang mana populariti dia tak melebihi daripada Umno," katanya.
 
Mengulas lanjut Wan Nik berkata PAS masih lagi popular di kalangan rakyat Kelantan selain mampu mempertahankan pentadbiran semasa.
 
"Maknanya PAS masih lagi mengatasi daripada sudut sokongan rakyat di Kota Bharu selepas Datuk Rahim isytihar.
 
"Jadi dengan dua tiga data kajian ini terbukti tidak ada peluang untuk menang terutama sekali nama," katanya.
 
 


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Wan Nik: Husam bukan lagi calon boleh menang di Kelantan

Sekianlah artikel Wan Nik: Husam bukan lagi calon boleh menang di Kelantan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Wan Nik: Husam bukan lagi calon boleh menang di Kelantan dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/07/wan-nik-husam-bukan-lagi-calon-boleh.html

Subscribe to receive free email updates: