Judul : VIDEO: Kes Dato' Kabi Masih Belum Selesai?
link : VIDEO: Kes Dato' Kabi Masih Belum Selesai?
VIDEO: Kes Dato' Kabi Masih Belum Selesai?
sumber: Yusuf Azmi
PPIM 'serbu' pejabat AGR: Kes capai kata sepakat
SERI KEMBANGAN - Akhirnya, perbincangan dan pertemuan hampir empat jam Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan syarikat pajak kereta, AGR Auto Trade Holding Berhad berhubung dakwaan menganiaya pemilik kenderaan itu akhirnya mencapai kata sepakat.
Dalam perbincangan di pejabat AGR, di sini, kira-kira jam 11.30 pagi hari ini, syarikat pajakan itu setuju menyerahkan lima buah kenderaan dan 53 kunci kereta kepada pemilik.
Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Yusuf Azmi berkata, perbincangan selama hampir empat jam itu merupakan satu titik permulaan ke arah penyelesaian berkenaan masalah pajakan kereta.
Menurutnya, hari ini PPIM datang dengan cara yang baik untuk berbincang perkara ini.
"Ini adalah satu titik permulaan ke arah penyelesaian untuk selesaikan masalah pemajak (mangsa) dan mudah-mudahan dengan bantuan dan kerjasama yang diberikan oleh AGR adalah satu perkara yang menepati janji.
"Mangsa-mangsa ini dibantu seperti yang dijanjikan dan saya harap rakyat Malaysia berhenti menyebarkan perkara-perkara mengenai AGR," katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.
Beliau berkata, pihaknya telah menerima penjelasan dari AGR dan ini adalah satu pendekatan yang bagus.
Katanya, AGR sudah maklum kepada kami bahawa mereka akan memberikan senarai kereta yang ada pada mereka selain akan buat laporan polis sekali lagi mengatakan bila tarikh mereka ambil-alih syarikat tersebut.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif AGR Auto Trade Holding Berhad, Datuk Seri C Kamaleshwaran berkata, pihaknya tidak menafikan bahawa hari ini PPIM yang diketuai Yusof Azmi datang dengan cara yang baik. - SH
Appear first on Times News Malaysia
Demikianlah Artikel VIDEO: Kes Dato' Kabi Masih Belum Selesai?
Sekianlah artikel VIDEO: Kes Dato' Kabi Masih Belum Selesai? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel VIDEO: Kes Dato' Kabi Masih Belum Selesai? dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/07/video-kes-dato-kabi-masih-belum-selesai.html