Tun M tahu kandungan laporan 1MDB

Tun M tahu kandungan laporan 1MDB - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tun M tahu kandungan laporan 1MDB, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tun M tahu kandungan laporan 1MDB
link : Tun M tahu kandungan laporan 1MDB

Baca juga


Tun M tahu kandungan laporan 1MDB


Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad


SHAH ALAM - Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa beliau mengetahui isi kandungan laporan yang dibuat oleh Bank Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Ketua Audit Negara berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau berkata, pihaknya tahu mengenai isi kandungan laporan Bank Negara selepas bekas peguam negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang masih berkhidmat pada waktu itu menunjukkan laporan berkenaan kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Ada komen bahawa saya tahu isi kandungan laporan oleh Bank Negara, SPRM dan Ketua Audit Negara kepada Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali. Ya. Saya tahu. Saya memang tahu,” katanya di blog Chedet.cc, semalam.

Malah, Mahathir memaklumkan Muhyiddin juga sering kali membangkitkan mengenai laporan ditunjukkan kepadanya oleh Gani Patail sebelum beliau dipecat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selain itu, Mahathir menjelaskan bahawa dalam kepimpinan Bersatu, beliau dan pemimpin lain telah membincangkan mengenai laporan dibangkitkan tersebut.

“Sebab itu saya tahu malah saya juga tidak akan cabar Apandi bersumpah jika saya tidak tahu kandungan laporan.

“Saya tahu Apandi bohong, sebab itu beliau letak laporan itu di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA). Kami tahu dan Tuhan lebih tahu. Jika berani bersumpahlah,” katanya.

Sebelum ini, Mahathir memaklumkan bahawa sekiranya Pakatan Harapan berjaya mengalahkan BN dalam PRU14 akan datang, pihaknya akan memanggil Apandi untuk bertanyakan mengenai penggunaan OSA bagi menutup bukti penyelewengan 1MDB.

Namun begitu, Apandi menegaskan beliau tidak menyembunyikan sebarang bukti salah laku atau jenayah membabitkan 1MDB.

Dalam pada itu, Mahathir memaklumkan, sejumlah wang tidak boleh dipindahkan secara sesuka hati tanpa sebarang dokumen atau surat menyurat.

Katanya, wang dengan jumlah besar juga tidak boleh disimpan sebagai wang tunai dan perlu diletakkan di dalam bank.

“Jika melalui bank, bank juga akan masuk dalam buku akaunnya semua butir-butir berkenaan tuan punya, jumlah, mata wang, hari bulan, cek, bahkan kedudukan kewangan dan punca kekayaan orang yang menderma, atau membayar, atau membeli.

“Juga akan disebut nama penerima, hari bulan, dan segala transaksi yang melibat wang berkenaan. Tidak mungkin wang tunai sebanyak itu diguna,” katanya.



Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Tun M tahu kandungan laporan 1MDB

Sekianlah artikel Tun M tahu kandungan laporan 1MDB kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tun M tahu kandungan laporan 1MDB dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/07/tun-m-tahu-kandungan-laporan-1mdb.html

Subscribe to receive free email updates: