SPRM buka semula siasatan kes hotel Felda di London

SPRM buka semula siasatan kes hotel Felda di London - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SPRM buka semula siasatan kes hotel Felda di London, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SPRM buka semula siasatan kes hotel Felda di London
link : SPRM buka semula siasatan kes hotel Felda di London

Baca juga


SPRM buka semula siasatan kes hotel Felda di London

MALAYSIAKINI


Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Dzulkifli Ahmad mengarahkan penyiasat membuka kembali kertas siasatan berhubung pembelian hotel empat bintang di Kensington, London oleh Felda Investment Corporation (FIC) antara tahun 2013 dan 2015.

Langkah itu diambil susulan suruhanjaya itu mendapat maklumat baharu berhubung kes itu.

“Pasukan penyiasat juga telah mengambil dokumen-dokumen berkaitan pembelian hotel tersebut
dan kini dalam proses menilai serta meneliti kesemua maklumat yang diperoleh,” menurut kenyataan SPRM.

“Menerusi maklumat siasatan awal yang diperoleh, FIC dipercayai telah membeli hotel itu dengan harga jauh lebih tinggi daripada harga asal sehingga mengakibatkan FIC mengalami kerugian jutaan ringgit.”

SPRM pada Mei 2015 tidak mendapati sebarang salah laku dalam transaksi itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Paul Low memberitahu parlimen bahawa siasatan SPRM tidak menjumpai asas kesalahan mana-mana pihak dalam kes pembelian hotel Grand Plaza Kensington bernilai RM538 juta.

Beliau bagaimanapun berkata pihak yang mempunyai maklumat tambahan boleh mengemukakannya kepada SPRM untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, kenyataan SPRM juga menyebut siasatan terperinci akan dijalankan bagi mengenal pasti sama ada wujud unsur rasuah dan salah guna kuasa dalam proses pembelian hotel itu.

“SPRM juga akan memanggil beberapa orang saksi penting dalam masa terdekat bagi tujuan merakam percakapan untuk mendapatkan maklumat serta bukti yang kukuh sebelum tindakan lanjut diambil,” kata badan itu



Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel SPRM buka semula siasatan kes hotel Felda di London

Sekianlah artikel SPRM buka semula siasatan kes hotel Felda di London kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SPRM buka semula siasatan kes hotel Felda di London dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/07/sprm-buka-semula-siasatan-kes-hotel.html

Subscribe to receive free email updates: