Rafizi Ramal PM Najib Tidak Kekal Lama Walaupun PH Tewas PRU14

Rafizi Ramal PM Najib Tidak Kekal Lama Walaupun PH Tewas PRU14 - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rafizi Ramal PM Najib Tidak Kekal Lama Walaupun PH Tewas PRU14, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rafizi Ramal PM Najib Tidak Kekal Lama Walaupun PH Tewas PRU14
link : Rafizi Ramal PM Najib Tidak Kekal Lama Walaupun PH Tewas PRU14

Baca juga


Rafizi Ramal PM Najib Tidak Kekal Lama Walaupun PH Tewas PRU14

PETALING JAYA: Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yakin walaupun Pakatan Harapan tidak menang pilihan raya akan datang, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan digulingkan ahli parti sendiri.
Beliau berkata demikian berdasarkan kepada tinjauan Invoke mengenai kemungkinan hasil pertandingan 3 penjuru pada pilihan raya umum akan datang. Invoke sebuah badan inisiatif penyelidikan dasar Pakatan Harapan.
Pada April Rafizi mendedahkan dapatan tinajuan Invole melibatkan 10,000 pengundi. Tinjauan diambil dari pengundi berdaftar di kawasan pengundian majoriti Melayu yang dipilih komputer secara rawak dari 6 Februari hingga 6 April tahun ini.
Tinjauan mendapati BN akan memperoleh kelebihan daripada pertandingan 3 penjuru di kawasan majoriti Melayu, dan PAS akan menerima undi lebih rendah daripada Amanah.
Melalui siaran langsung di Facebook hari ini, Rafizi berkata tunjauan dijalankan setiap hari sejak Disember 2016.
Setakat ini, dapatan menunjukkan PH akan menang 97 kerusi sementara BN akan menang 125 kerusi dalam pertandingan 3 penjuru sekiranya pilihan raya umum diadakan tidak lama lagi.
“Sekiranya ini benar-benar berlaku, percayalah akan ada cubaan untuk menyingkir Najib dari dalam Umno,” katanya.
“Saya tak percaya Najib boleh bertahan dengan sekadar majoriti 13 kerusi. Ada kemungkinan parti komponen BN dari Sabah dan Sarawak akan meninggalkan BN dan menyertai PH. Wakil rakyat BN akan melompat dari kapal karam Najib.”
Beliau tidak menolak kemungkinan akan berlaku perebutan kuasa yang akan melibatkan naib-naib presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishamuddin Hussein.
“Yang jelas ialah jika Umno hanya mampu menang majoriti 13 kerusi dalam pertandingan 3 penjuru pada pilihan raya umum akan datang, Najib tidak akan jadi perdana menteri.”
Rafizi berkata jika PH mahu menang pada pilihan raya umum akan datang, pakatan itu perlu tumpu pada 50 kerusi majoriti rendah di Malaysia Barat, kerusi yang dimenangi BN dengan hanya majoriti kurang dari 10%.
Untuk itu PH perlu tumpu perhatian menawan hati pengundi atas pagar, katanya.
“Walaupun pengundi atas pagar sedar tuduhan melibatkan 1Malaysia Development Berhad, mereka lebih pedulikan isu yang menjejaskan kehidupan mereka secara langsung, termasuk kos sara hidup dan gaji yang tidak naik seiring dengannya, dan kebimbangan terhadap pekerja asing yang mengambil pekerjaan rakyat tempatan.”
PH akan meneruskan kempennya di beberapa kerusi BN majoriti rendah di utara Malaysia Barat minggu depan.
Menurut Rafizi, kempen itu akan bermula pada Sabtu di Perak, bermula di Tanjung Malim dan kemudian ke Padang Rengas dan Tambun. Pada Ahad, kempen di Kedah akan dimulai di Sungai Petani, dan seterusnya ke Balik Pulau dan Seberang Perai di Pulau Pinang. #sumber


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Rafizi Ramal PM Najib Tidak Kekal Lama Walaupun PH Tewas PRU14

Sekianlah artikel Rafizi Ramal PM Najib Tidak Kekal Lama Walaupun PH Tewas PRU14 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rafizi Ramal PM Najib Tidak Kekal Lama Walaupun PH Tewas PRU14 dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/07/rafizi-ramal-pm-najib-tidak-kekal-lama.html

Subscribe to receive free email updates: