Politik Matang Teras Kemajuan Negara

Politik Matang Teras Kemajuan Negara - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Politik Matang Teras Kemajuan Negara, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Politik Matang Teras Kemajuan Negara
link : Politik Matang Teras Kemajuan Negara

Baca juga


Politik Matang Teras Kemajuan Negara

Fuad Shahdan

politik matang


Kematangan dalam politik adalah sesuatu yang amat diperlukan di Malaysia dan penglibatan pimpinan parti-parti politik dalam setiap acara termasuk ceramah dan kempen perlu menunjukkan sikap matang dan terbuka. Kematangan dalam politik ialah lambang kemajuan pemikiran dan keupayaan untuk membentuk negara Malaysia yang kukuh dari sudut demokrasi dan penglibatan politik.

Sejak dunia politik Malaysia makin hangat akhir-akhir ini, aspek kematangan dan kemampuan berfikir sebagai orang dewasa dilihat makin dilupakan. Hal ini terpakai kepada kedua-dua pihak termasuk pembangkang dan juga pihak parti pemerintah. Kita tidak mahu melihat suasana politik di negara kita tercemar dengan hal-hal yang berkaitan dengan serangan berbaur peribadi atau usaha menjatuhkan maruah seseorang.

Di pihak pembangkang kita sering melihat bagaimana karikatur yang memaparkan wajah isteri YAB Perdana Menteri sering menjadi sasaran dan dilukis dalam pelbagai keadaan yang kadangkala mendatangkan aib. Hal ini sebenarnya bukanlah satu tindakan matang dan tidak boleh diterima kerana hanya menggalakkan budaya menyerang peribadi tanpa melihat isu yang sesuai.

Serangan dalam politik di Malaysia sebenarnya wajar ditumpukan kepada isu-isu relevan dan penting yang mencakupi hal kehidupan rakyat, bukannya menceroboh privasi atau kehidupan peribadi seseorang pemimpin dan memanipulasi apa-apa keadaan yang difikirkan perlu. Ini satu tindakan kurang matang yang hanya mendedahkan Malaysia kepada budaya songsang dalam berpolitik.

Di pihak parti pemerintah juga keadaan ini sering kali berlaku dan lebih malang terdapat cubaan untuk menyerang secara peribadi sehingga mengheret kancah perkauman yang sebenarnya
mendedahkan kepada masalah lebih besar. YAB Timbalan Perdana Menteri misalnya baru-baru ini ketika majlis penutup Mesyuarat Bahagian UMNO Kelana Jaya telah menunjukkan kepada hadirin imej yang memaparkan kad pengenalan lama Tun Dr Mahathir dan mendedahkan nama Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu sebagai Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty.

Jelas tindakan seperti ini dengan segaja cuba mencetuskan kontroversi apabila terdapat percubaan untuk mengungkit keturunan Tun Dr Mahathir. Sebenarnya ini bukanlah jalan politik matang, ini cuma hanya menggalakkan kebencian, malah dalam keadaan yang lebih serius akan membuatkan masyarakat umum memberikan pertimbangan negatif terhadap BN. Sewajarnya selepas ini pemimpin BN tidak memainkan isu-isu sensitif yang sebenarnya tidak memberikan kesan positif terhadap kempen.

Pemimpin BN sebenarnya wajar menerajui aspek kematangan politik dan perlu menunjukkan perbezaan ketara dalam soal pemikiran berbanding pemimpin pembangkang dan hal-hal berkaitan serangan peribadi dan percubaan untuk menjatuhkan pihak lawan dengan menggunakan hujah dangkal bersifat serangan seperti ini perlu dihentikan segera.

Golongan muda merupakan kelompok yang cepat terkesan dengan ucapan politik tidak senang seperti ini dan BN yang kini sedang mengejar undi golongan ini perlu sedar dan menggunakan pendekatan matang serta terbuka untuk menarik sokongan dan bukannya menebar kebencian dan serangan peribadi yang tidak mendatangkan apa-apa manfaat.




Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Politik Matang Teras Kemajuan Negara

Sekianlah artikel Politik Matang Teras Kemajuan Negara kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Politik Matang Teras Kemajuan Negara dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/07/politik-matang-teras-kemajuan-negara.html

Subscribe to receive free email updates: