PMO umum panel RCI siasat kerugian Bank Negara

PMO umum panel RCI siasat kerugian Bank Negara - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PMO umum panel RCI siasat kerugian Bank Negara, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PMO umum panel RCI siasat kerugian Bank Negara
link : PMO umum panel RCI siasat kerugian Bank Negara

Baca juga


PMO umum panel RCI siasat kerugian Bank Negara

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini mengumumkan panel yang mengangotai Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kes kerugian Bank Negara akibat urus niaga mata wang asing pada 1990-an lalu.
 
Menerusi satu kenyataan, PMO mengumumkan Pengerusi Petronas dan seorang hakim adalah antara enam tokoh dilantik menganggotai suruhanjaya berkenaan.
 
Senarai enam panel suruhanjaya itu seperti berikut:
 
1) Tan Sri Mohd Sidek Hassan - Pengerusi Petronas
2) Datuk Kamaludin Md Said - hakim mahkamah tinggi
3) Datuk Seri Tajuddin Atan - Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Berhad
4) Tan Sri Saw Choo Boon - Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan
5) Pushpanathan S A Kanagarayar - anggota Institut Akauntan Malaysia, Ahli Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia serta bekas rakan kongsi firma Ernst & Young
6) Datuk Dr Yusof Ismail - Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik, Kementerian Kewangan
 
Mohd Sidek dilantik sebagai pengerusi suruhanjaya berkenaan, manakala Yusof bertindak sebagai setiausaha.
 
Menurut PMO, pelantikan Mohd Sidek dan Saw dibuat bagi mewujudkan kesinambungan dalam isu berkenaan kerana mereka pernah menganggotai pasukan petugas khas mengenai perkara sama sebelum ini.
 
"Keanggotaan ahli-ahli lain adalah dibuat dengan mengambil kira kelayakan dan pengalaman mereka dalam bidang yang berkait rapat dengan siasatan yang akan dijalankan oleh suruhanjaya," katanya.
 
Kenyataan itu menyebut penubuhan suruhanjaya itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan siasatan dibuat mengikut Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119), berkuat kuasa mulai 15 Julai lalu.
 
PMO dalam kenyataannya juga berkata suruhanjaya itu dikehendaki menyiapkan siasatan dalam tempoh tiga bulan.
 
 


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel PMO umum panel RCI siasat kerugian Bank Negara

Sekianlah artikel PMO umum panel RCI siasat kerugian Bank Negara kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PMO umum panel RCI siasat kerugian Bank Negara dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/07/pmo-umum-panel-rci-siasat-kerugian-bank.html

Subscribe to receive free email updates: