Pendidikan percuma: Laksanakan dulu di Unisel

Pendidikan percuma: Laksanakan dulu di Unisel - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pendidikan percuma: Laksanakan dulu di Unisel, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pendidikan percuma: Laksanakan dulu di Unisel
link : Pendidikan percuma: Laksanakan dulu di Unisel

Baca juga


Pendidikan percuma: Laksanakan dulu di Unisel

SINAR ONLINE

Mahdzir Khalid
Mahdzir Khalid

SHAH ALAM - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sekiranya kerajaan Selangor benar-benar serius ingin melaksanakan pendidikan percuma, perkara itu sepatutnya dilaksanakan terlebih dahulu di universiti seliaan mereka seperti Universiti Selangor (Unisel).

Beliau berkata, kerajaan pimpinan Pakatan Harapan itu sepatutnya memberikan gambaran awal kepada rakyat bahawa usaha melaksanakan pendidikan percuma di negeri itu mampu dilakukan di Unisel.

"Kalau nak beri yuran pengajian tinggi secara percuma, buat dulu di Unisel… tiap-tiap semester tak payah bayar," katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Shah Alam, di sini hari ini.

Mahdzir mengulas kenyataan Exco Selangor yang bertanggungjawab ke atas hal-ehwal pendidikan, Nik Nazmi Nik Ahmad, bahawa manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang diiktiraf oleh sayap belia kesemua empat parti komponen Pakatan Harapan antara lain, berikrar memperkenalkan pendidikan percuma kepada kanak-kanak di peringkat pra-sekolah sehingga pendidikan tinggi di universiti awam.

Selain Unisel, kerajaan Selangor turut menyelia Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) dan Kolej Antarabangsa Industri Pendidikan Negeri Selangor (Inpens).

Mahdzir, yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno, menegaskan kerajaan BN telahpun melaksanakan pendidikan percuma sejak dulu lagi  malahan kini tiada lagi yuran peperiksaan kebangsaan di sekolah kerajaan.

Di samping itu, kerajaan juga mengagihkan buku teks secara percuma di sekolah-sekolah seluruh negara selain menubuhkan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin untuk membantu ibu bapa yang tidak berkemampuan menghantar anak mereka ke sekolah.

Katanya, kerajaan membelanjakan RM42 bilion setahun bagi tujuan pendidikan percuma selain penyelenggaraan bagi sekolah kebangsaan, vernakular, agama dan membantu pelajar Orang Asli. - Bernama



Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Pendidikan percuma: Laksanakan dulu di Unisel

Sekianlah artikel Pendidikan percuma: Laksanakan dulu di Unisel kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pendidikan percuma: Laksanakan dulu di Unisel dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/07/pendidikan-percuma-laksanakan-dulu-di.html

Subscribe to receive free email updates: