Peguam ke London tidak jejas perbincangan: Nancy

Peguam ke London tidak jejas perbincangan: Nancy - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Peguam ke London tidak jejas perbincangan: Nancy, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Peguam ke London tidak jejas perbincangan: Nancy
link : Peguam ke London tidak jejas perbincangan: Nancy

Baca juga


Peguam ke London tidak jejas perbincangan: Nancy


SINAR ONLINE

Nancy Shukri
Nancy Shukri

KUCHING - Keputusan Sarawak menghantar sepasukan peguam ke London untuk mencari dan meneliti rujukan berhubung Perjanjian Malaysia 1963 (MA1963) tidak akan menjejaskan perbincangan mengenai penurunan kuasa daripada kerajaan persekutuan kepada kerajaan Sarawak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, sebaliknya jika pasukan tersebut memperoleh sebarang penemuan baharu mereka boleh membawa kepada Jawatankuasa Teknikal Peringkat  Negeri (JTPN).

Katanya, JTPN pula akan membawa penemuan itu ke peringkat Jawatankuasa Pemandu bagi Penurunan Kuasa yang dipengerusikan oleh beliau bersama Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

“Pertama sekali saya ingin maklumkan rundingan dengan Putrajaya (kerajaan persekutuan) tidak ada kena mengena dengan apa yang berlaku di Sarawak (menghantar pasukan peguam ke London). Apa yang saya maksudkan tidak ada kena mengena itu ialah kerajaan negeri ada hak untuk ‘menggali’ sejarah Sarawak.

“Ini bukan sebagai mencampuri apa yang kami lakukan di sana. Kita perlu lihat dua perspektif berbeza  yang berlaku di peringkat di Putrajaya dan di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitrinya di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) lama di sini hari ini.

Hampir 10,000 orang masyarakat berbilang kaum hadir memeriahkan majlis tersebut.

Mengulas lanjut, Nancy berkata perbincangan mengenai penurunan kuasa itu juga adalah proses berterusan antara kerajaan Persekutuan dan Sarawak.

"Kalau ada pertambahan, biar kita bincang, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) juga seorang yang bersifat munasabah, beliau juga telah beberapa kali duduk bersama-sama untuk memahami keperluan Sarawak,” katanya.

Sementara itu, Menteri Muda Undang-undang, Hubungan Negeri dan Persekutuan, dan Pemantauan Projek, Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali yang akan mengetuai pasukan peguam ke London berkata  mereka ke sana dalam misi mencari fakta.

“Kami ingin mendapatkan beberapa fakta. Buat penyelidikan, kami mahukan ‘faktual’ tentang ini dan mahu melakukannya dengan sempurna,” katanya kepada pemberita  pada majlis rumah terbuka Hari Raya Nancy di sini. - Bernama



Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Peguam ke London tidak jejas perbincangan: Nancy

Sekianlah artikel Peguam ke London tidak jejas perbincangan: Nancy kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Peguam ke London tidak jejas perbincangan: Nancy dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/07/peguam-ke-london-tidak-jejas.html

Subscribe to receive free email updates: