PAS: Sebat wujud dalam Al-Quran, Zam Maidin yang kuno

PAS: Sebat wujud dalam Al-Quran, Zam Maidin yang kuno - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS: Sebat wujud dalam Al-Quran, Zam Maidin yang kuno, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS: Sebat wujud dalam Al-Quran, Zam Maidin yang kuno
link : PAS: Sebat wujud dalam Al-Quran, Zam Maidin yang kuno

Baca juga


PAS: Sebat wujud dalam Al-Quran, Zam Maidin yang kuno

 
Khairuddin Aman Razali berkata, Zainuddin sepatutnya mengkritik hukuman sebat Mahkamah Sivil yang menyakitkan badan berbanding hukuman sebat syariah yang bertujuan menimbulkan keinsafan kepada pelaku. 


Khairuddin-Aman_zam_600


PETALING JAYA: PAS hari ini mempertahankan langkah kerajaan Kelantan pimpinan parti Islam itu meluluskan enakmen untuk pesalah syariah disebat di khalayak ramai, meskipun dibantah pelbagai pihak termasuk bekas menteri penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khairuddin Aman Razali menepis sindiran Zainuddin yang menyifatkan parti itu menggunakan cara kuno seperti dilaksanakan di Arab Saudi.

“Sebat di khalayak awam sebahagian bentuk hukuman yang wujud dalam Al-Quran, ia bukan hukuman kuno sepertimana kata Zainuddin, cuma otak Zainuddin yang masih kuno,” katanya kepada FMT.

Zainuddin hari ini memuat naik sindiran tajam itu di blognya dengan berkata, tindakan PAS itu sudah pasti menggembirakan kerajaan Arab Saudi yang masih menggunakan kaedah berkenaan.

Katanya, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz kini menerima satu lagi “produk baru pelancongan” di mana pelancong asing dan negara maju boleh “menyaksikan hukuman ikut cara kuno dan barbarik di Malaysia, sebuah negara demokrasi dan moden”.

Beliau berkata, pelaksanaan hukuman itu di Arab Saudi dan Brunei tidak menimbulkan tanda tanya disebabkan kedua-dua negara itu diperintah raja mutlak.



Mengulas lanjut, Khairuddin yang juga ahli Parlimen Kuala Nerus berkata, tindakan kerajaan Kelantan meningkatkan hukuman syariah bukan disebabkan pengaruh Arab Saudi, sebaliknya ia bertujuan mendapat keredhaan Allah.

“Respons sedemikian sudah dijangka daripada orang seumpama Zainuddin yang sentiasa negatif terhadap sebarang usaha memperkasakan undang-undang Islam dalam ruang lingkup yang dibenarkan Perlembagaan.

“Sepatutnya Zainuddin mengkritik undang-undang kuno hukuman sebat Mahkamah Sivil yang menyakitkan jasad berbanding hukuman sebat Mahkamah Syariah yang bertujuan menimbulkan keinsafan kepada pelaku dan masyarakat awam,” katanya.

Semalam, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) yang antara lain membolehkan hukuman sebat dilakukan di khalayak ramai.

Ia juga membenarkan penguat kuasa agama menggari suspek, selain menjadikan video sebagai bukti dalam perbicaraan.

Tindakan kerajaan negeri itu bagaimanapun dikritik bekas menteri undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim yang menganggap ia usaha terdesak PAS kerana tidak mempunyai apa-apa untuk ditawarkan kepada rakyat negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.



Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel PAS: Sebat wujud dalam Al-Quran, Zam Maidin yang kuno

Sekianlah artikel PAS: Sebat wujud dalam Al-Quran, Zam Maidin yang kuno kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAS: Sebat wujud dalam Al-Quran, Zam Maidin yang kuno dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/07/pas-sebat-wujud-dalam-al-quran-zam.html

Subscribe to receive free email updates: