Orang Kita Macam KEMARUK Raya ke?

Orang Kita Macam KEMARUK Raya ke? - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Orang Kita Macam KEMARUK Raya ke?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Orang Kita Macam KEMARUK Raya ke?
link : Orang Kita Macam KEMARUK Raya ke?

Baca juga


Orang Kita Macam KEMARUK Raya ke?


TIDAK kira ekonomi merudum atau ringgit menjunam, dalam hal raya orang kita tetap hebat. Hingga ke penghujung Syawal orang kita masih tidak puas-puas berjamu raya.
Hari ini saya menerima empat undangan ke rumah terbuka di sekitar KL.

Esok (Ahad) dan lusa (Isnin) hari terakhir Syawal ada banyak lagi rumah terbuka diadakan di merata lokasi. Pemimpin politik, NGO, korporat dan individu bagaikan tidak cukup hari untuk berjamu.

Malah, ada juga yang menjemput makan-makan rumah terbuka pada hari Selasa (hari terakhir Syawal pada Isnin depan). Biasa kita mendengar ‘terlajak laris’. Kali ini ‘terlajak raya’.

Kita juga sentiasa lihat komen-komen di facebook #RayakanSebulan. Kadang-kadang bagi anak muda atau mereka yang tidak faham agama boleh terkeliru dengan kenyataan sebegitu.

Seolah-olah, sambutan Hari Raya Aidilfitri mengikut ajaran Islam adalah selama sebulan Syawal. Benarkah begitu?

Sebenarnya hari raya fitrah (عيد الفطر) atau Aidilfitri hanya disambut pada pada 1 Syawal tahun Hijrah dan bukannya selama sebulan Syawal.

Adakah "open house" menyalahi ajaran Islam?

Antara syariat, budaya rumah terbuka


Budaya rumah terbuka atau disebut ‘open house’ sangat sinonim di Malaysia, bukan saja disambut oleh masyarakat Islam, malah penganut hampir semua agama di Malaysia sudah terbiasa dengan konsep dan budaya ini.

Disebabkan oleh budaya majlis rumah terbuka Syawal disambut sebulan oleh masyarakat Islam di Malaysia. Majlis rumah terbuka dianjurkan bukan hanya oleh individu yang berkemampuan, malah ahli politik, ahli perniagaan, jabatan kerajaan dan swasta juga tidak terkecuali mengadakan majlis rumah terbuka.

Pada majlis ini, tuan rumah akan menjemput ahli keluarga jauh dan dekat, jiran tetangga dan sahabat handai yang mungkin tidak berkesempatan untuk bertemu semasa Aidilfitri kerana menyambutnya di kampung halaman masing-masing.

Amalan mengadakan majlis rumah terbuka dalam masyarakat kita pada hari ini satu perkara baik yang wajar dipraktikkan bagi golongan berkemampuan. Meskipun tradisi mulia ini bukanlah satu bentuk syariat diwajibkan oleh Islam untuk menyambut Aidilfitri, namun jika ia dilakukan menurut garis panduan adab dan akhlak termaktub dalam ajaran Islam, maka Insya-Allah ia boleh menjadi satu ibadat yang menguntungkan tuan rumah mahupun tetamu di akhirat kelak.

Majlis rumah terbuka menyediakan ruang yang luas bagi umat Islam untuk melakukan amalan dituntut oleh Islam. Amalan ziarah-menziarahi, mewujudkan hubungan silaturahim sesama insan tidak kira latar belakang agama dan bangsa, saling memohon kemaafan dan menjamu tetamu dengan juadah yang disediakan tanpa berkira, semuanya ini amalan yang dianjurkan Islam.

Kelebihan menziarahi ahli keluarga atau sahabat handai ini ada dirakam dalam hadis sahih di mana Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Muslim apabila menziarahi saudara Muslimnya, maka dia sentiasa dalam khurfah syurga sehingga dia pulang”. Baginda ditanya: “Wahai Rasulullah, apakah itu khurfah syurga?”. Jawab Baginda: “Memetik buahnya (dari syurga)”. (Riwayat Muslim)

Jika kita melihat dari sudut perspektif Islam, majlis rumah terbuka ini sangat digalakkan kerana ia mampu mengeratkan silaturahim sesama Muslim dan mengikat tali persaudaraan yang lebih utuh. Ziarah-menziarahi sememangnya sangat dianjurkan oleh Islam sebagaimana terkandung di dalam kitab Riyadhus Salihin, bab bertajuk ‘Menziarahi orang-orang yang baik’, Imam An-Nawawi ada merakamkan daripada Abu Hurairah R.A. bahawasanya Rasulullah SAW bercerita mengenai seorang lelaki menziarahi seorang saudaranya di suatu lokasi yang berbeza, kemudian Allah memerintah seorang malaikat melindunginya di sepanjang jalan yang dilaluinya. Setelah orang itu melalui jalan itu, berkatalah malaikat kepadanya: “Ke manakah destinasimu?” Orang itu menjawab: “Aku hendak ke tempat seorang saudaraku di desa ini.” Malaikat bertanya lagi: “Apakah suatu kenikmatan yang hendak kau peroleh daripada saudaramu itu?” Lelaki itu menjawab: “Tidak, aku hanya mencintainya kerana Allah.” Malaikat lalu berkata: “Sesungguhnya aku ini adalah utusan Allah untuk menemuimu –bahawa sesungguhnya Allah itu mencintaimu sebagaimana engkau mencintai saudaramu itu kerana Allah.” (Riwayat Imam Muslim)

Berdasarkan hadis di atas, penganjuran majlis rumah terbuka sebagaimana menjadi amalan sepanjang Syawal di Malaysia (selagi mana ia diadakan mengikut syariat) adalah memenuhi kehendak ajaran Islam kerana amalan kunjung mengunjung dapat mencapai objektif mengikat tali silaturahim atau persaudaraan dan amalan mengadakan majlis tersebut dengan menjemput tetamu daripada pelbagai latarbelakang tanpa meminggirkan yang miskin atau mengutamakan yang kaya adalah bertepatan dengan sebuah lagi hadis Rasulullah SAW berkaitan penganjuran majlis walimah (perkahwinan) yang boleh dikiaskan dengan sebarang penganjuran majlis yang melibatkan acara jamuan dan kehadiran tetamu seperti majlis rumah terbuka. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Seburuk-buruk makanan adalah makanan walimah, yang mana di dalam walimah tersebut tidak mengundang orang yang memerlukan (fakir) dan hanya mengundang orang yang tidak memerlukan (orang kaya).” (Riwayat Bukhari)

Justeru, di antara kriteria penganjuran majlis keraian seperti rumah terbuka yang dibenarkan syarak ialah dengan mengambil kira jemputan tanpa mengira warna kulit, pangkat atau kedudukan.

Semua tetamu yang hadir wajib diraikan sama rata.

Apabila kita meninjau konsep rumah terbuka ini dari sisi pandangan budaya rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama, penganjurannya mampu mewujudkan integrasi nasional dalam kalangan masyarakat Malaysia. Sebagai tuan rumah yang menganjurkan majlis sedemikian, kita digalakkan untuk menjemput bukan hanya ahli keluarga, tetapi sudah pasti kita digesa untuk tidak mengecualikan sahabat handai, rakan sekerja dan jiran tetangga di dalam senarai tetamu.

Bagi mereka yang mempunyai jaringan sosial dengan golongan masyarakat pelbagai bangsa dan agama, majlis seumpama ini adalah satu amalan yang amat bersesuaian diadakan dengan mengambil kira jemputan yang melangkaui batas agama dan bangsa.

Kepelbagaian budaya masyarakat di Malaysia boleh diharmonikan melalui amalan rumah terbuka. Usaha tuan rumah menyediakan juadah dan melayan tetamu yang datang daripada pelbagai latar belakang dilihat sebagai pemangkin kepada kejayaan memartabatkan keharmonian budaya Malaysia.

Selain itu, konsep rumah terbuka yang berlangsung selama sebulan dalam bulan Syawal ini juga mampu memberi pendedahan kepada golongan kanak-kanak dan remaja mengenai kepentingan integrasi nasional, Mereka seharusnya digalakkan berkenalan dan membina jaringan sosial dengan jemputan seusia mereka yang hadir. Mereka patut didedahkan dengan objektif rumah terbuka, iaitu bukan hanya semata-mata untuk menikmati juadah hari raya, tetapi juga untuk mewujudkan persefahaman dan keharmonian sebagai satu bangsa, iaitu bangsa Malaysia.

Oleh yang demikian, ibu bapa seharusnya melihat keperluan mengadakan atau menghadiri majlis rumah terbuka sempena Syawal bukan semata-mata berjumpa rakan taulan atau menikmati juadah, tetapi harus dilihat dari sudut pandangan lebih luas iaitu sebagai satu cara membantu kerajaan mewujudkan apa yang disebut sebagai integrasi nasional.

Bagi mereka yang beraksi sebagai tuan rumah, pastikan rakan sekolah anak-anak juga disenarai pendek sebagai tetamu jemputan majlis yang dianjurkan.

Ibu bapa yang menerima jemputan pula harus membawa bersama anak ke majlis tersebut sebagai salah satu pendidikan sosial untuk mereka. Jangan biarkan anak ditinggalkan di rumah dengan program televisyen tanpa henti tetapi pastikan mereka mendapat pendidikan sosial yang harmoni melalui pengalaman menghadiri majlis rumah terbuka bersama ibu bapa.

Kesimpulannya, Syawal yang disambut selama sebulan oleh masyarakat Malaysia harus dilihat dari sisi pandangan positif. Ia bukanlah suatu majlis yang bertujuan untuk menunjuk-nunjuk kedudukan status ekonomi tuan rumah, tetapi objektif sebenar ialah untuk mengikat tali persaudaraan sesama Muslim dan mewujudkan integrasi nasional sesama masyarakat Malaysia keseluruhannya tanpa mengira latar belakang agama, bangsa, sosioekonomi dan sebagainya. Sekalipun Islam tidak meletakkan penganjuran rumah terbuka sebagai sebahagian daripada syariat, tetapi kelebihan yang dapat diperoleh melalui majlis seperti ini sangat bertepatan dengan kehendak Islam itu sendiri. Yang baik itu kita ambil dan teruskan sebagai amalan tradisi, yang tidak baik itu kita tinggalkan sebagai memori.




Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Orang Kita Macam KEMARUK Raya ke?

Sekianlah artikel Orang Kita Macam KEMARUK Raya ke? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Orang Kita Macam KEMARUK Raya ke? dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/07/orang-kita-macam-kemaruk-raya-ke.html

Subscribe to receive free email updates: