Judul : Najib ulangi desakan keadilan buat mangsa MH17
link : Najib ulangi desakan keadilan buat mangsa MH17
Najib ulangi desakan keadilan buat mangsa MH17
ANTARAPOS.COMKUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengulangi desakan Malaysia untuk mendapatkan keadilan bagi mangsa tragedi pesawat MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine tiga tahun lepas.
"Ia tetap menjadi keutaman kami untuk mendapatkan keadilan bagi keluarga mereka yang terkorban. Kami akan meneruskan usaha dan mendakwa pelaku perbuatan kejam yang melampau ini. Ini adalah satu tragedi yang Malaysia tidak akan lupakan,” kata Najib melalui posting dalam laman Twitter dan Facebook, hari ini.
Najib juga merakamkan ucapan takziah kepada keluarga yang terjejas ekoran tragedi itu.
"Pada hari ini, tiga tahun lalu, 298 orang yang tidak berdosa terkorban apabila pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17 ditembak jatuh. Kita kehilangan 43 rakan kita sebagai rakyat Malaysia pada hari itu. Bagi mereka yang kehilangan orang tersayang, ingatan kepada mereka tidak akan luput.
"Malaysia berdiri teguh bersama anda,” kata beliau.
Pesawat MH17 yang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ditembak jatuh di ruang udara di timur Ukraine pada 17 Julai, 2014, mengorbankan semua 298 orang yang menaiki penerbangan itu.
Mangsa tragedi ialah dari Belanda, Malaysia, Australia, Indonesia, Britain, Belgium, Jerman, Filipina, kanada dan New Zealand.
Appear first on Times News Malaysia
Demikianlah Artikel Najib ulangi desakan keadilan buat mangsa MH17
Sekianlah artikel Najib ulangi desakan keadilan buat mangsa MH17 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Najib ulangi desakan keadilan buat mangsa MH17 dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/07/najib-ulangi-desakan-keadilan-buat.html