MB: Terengganu ikut langkah Kelantan jika semua parti BN setuju

MB: Terengganu ikut langkah Kelantan jika semua parti BN setuju - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MB: Terengganu ikut langkah Kelantan jika semua parti BN setuju, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MB: Terengganu ikut langkah Kelantan jika semua parti BN setuju
link : MB: Terengganu ikut langkah Kelantan jika semua parti BN setuju

Baca juga


MB: Terengganu ikut langkah Kelantan jika semua parti BN setuju

 
Ahmad Razif berkata kerajaan negeri pada dasarnya menyokong rang undang-undang itu tetapi mahu ambil tahu kebimbangan dan pandangan semua pihak serta memberi penjelasan sebaiknya.


razif-terengganu


KUALA TERENGGANU: Terengganu hanya akan mengikuti jejak langkah Kelantan menambah baik enakmen berkaitan jenayah syariahnya jika mendapat persetujuan semua pihak, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Katanya ini termasuk parti komponen Barisan Nasional yang mewakili kaum dan agama lain.

“Kerajaan Terengganu pada dasarnya menyokong rang undang-undang itu tapi apa-apapun kita perlu mendapat pandangan daripada parti-parti komponen yang lain seperti MCA, MIC dan Gerakan sebelum ia dilaksanakan.

“Kita kena ambil tahu keperluan mereka, pandangan dan kebimbangan mereka jika undang-undang itu dilaksanakan. Tapi kita akan memberi penjelasan sebaiknya jika ingin melaksanakan undang-undang berkenaan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Hari Raya Badan Perhubungan Umno Terengganu hari ini.

Turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Mohd Zuber Embong dan kepimpinan Umno Terengganu serta parti-parti komponen MCA dan MIC Terengganu

Semalam Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan RUU Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) yang antara lainnya membolehkan hukuman sebat dijalankan di khalayak ramai.

RUU itu juga memperuntukkan kuasa kepada pegawai penguat kuasa agama menggunakan gari ke atas suspek selain membenarkan video digunakan sebagai bahan bukti dalam perbicaraan.



Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel MB: Terengganu ikut langkah Kelantan jika semua parti BN setuju

Sekianlah artikel MB: Terengganu ikut langkah Kelantan jika semua parti BN setuju kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MB: Terengganu ikut langkah Kelantan jika semua parti BN setuju dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/07/mb-terengganu-ikut-langkah-kelantan.html

Subscribe to receive free email updates: