Lucu’ Malaysia kerjasama dengan Saudi lawan keganasan, kata pakar AS

Lucu’ Malaysia kerjasama dengan Saudi lawan keganasan, kata pakar AS - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lucu’ Malaysia kerjasama dengan Saudi lawan keganasan, kata pakar AS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lucu’ Malaysia kerjasama dengan Saudi lawan keganasan, kata pakar AS
link : Lucu’ Malaysia kerjasama dengan Saudi lawan keganasan, kata pakar AS

Baca juga


Lucu’ Malaysia kerjasama dengan Saudi lawan keganasan, kata pakar AS

 
Zachary Abuza berkata Arab Saudi tidak memiliki sifat kesederhanaan Islam kerana mengamalkan versi Islam yang terlalu rigid yang mengancam tradisi agama umat Islam di rantau ini. 


Zachary-Abuza_putrajaya_new600


KUALA LUMPUR: Seorang pakar pengkaji kumpulan keganasan dari Amerika Syarikat (AS) melahirkan rasa bingung dengan langkah Malaysia untuk bekerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam mempromosikan kesederhanaan dan menentang keganasan menerusi penubuhan sebuah institusi baharu di Putrajaya.

Dr Zachary Abuza, profesor di National War College, Washington yang juga pakar konflik di Asia Tenggara berkata, berkata beliau gagal memahami mengapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bekerjasama dengan Riyadh yang terkenal dengan penyebaran fahaman Wahabi yang terkenal dengan alirannya yang kurang toleran.

“Arab Saudi menyebarkan fahaman Wahabi ke seluruh dunia terutamanya Asia Tenggara, daripada fahaman mazhab Shafi aliran Sunni yang lebih bertoleransi kepada Islam versi yang lebih ketat,” kata Abuza kepada FMT.

“Kerjasama dengan Arab Saudi untuk membentuk pusat Islam sederhana adalah melucukan. Tidak ada yang sederhana mengenai Arab Saudi,” kata profesor itu yang banyak melakukan penyelidikan mendalam mengenai kegiatan berkait pengganas, di samping mengamati secara dekat konflik di selatan Thailand dan selatan Filipina.

Najib baru-baru ini mengumumkan kerajaan meluluskan 16 hektar tanah di pusat pentadbiran Putrajaya untuk membina sebuah “pusat keamanan” yang dinamakan sempena raja Arab Saudi sekarang.

Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP) itu diilhamkan selepas kunjungan pemerintah Arab Saudi itu ke Malaysia pada Mac lalu, serta penyertaan Najib dalam sidang kemuncak di Riyadh yang dihadiri oleh Presiden AS, Donald Trump.

Baru-baru ini, FMT melaporkan Liga Muslim Dunia (MWL), sebuah organisasi dibiayai kerajaan Arab Saudi untuk mempromosi imej Islam rejim Saudi di seluruh dunia, turut terlibat dengan KSCIP.

MWL selama beberapa dekad bertindak sebagai corong utama Riyadh melalui penerbitan bahan-bahan Islam dan membiayai pembinaan masjid dan pusat Islam dari Asia hinggalah ke Eropah.

Tetapi laporan baru-baru ini oleh sebuah badan pengkaji Britain mengaitkan MWL dengan ideologi ekstremis di sebalik kumpulan militan seperti Al Qaeda, Taliban dan IS.

Malah MWL dan organisasi sepemunya, Himpunan Belia Islam Dunia (WAMY) dikatakan “mempunyai sejarah lama terbabit dalam menggalakkan ekstremisme Islam yang ganas dan pengedaran bahan bacaan menjurus kebencian”.

“MWL mempunyai pegawai dan organisasi anggota yang dikaitkan dengan Al-Qaeda dan Taliban,” kata laporan Henry Jackson Society berpangkalan di London, “Ekstremisme Dibiayai Negara Asing di UK” yang dikeluarkan awal bulan ini.

Ciptaan perisikan Arab Saudi

Abuza berkata beliau tidak terkejut dengan laporan yang mengatakan MWL adalah ciptaan badan perisikan Arab Saudi ketika kerajaannya membiayai pejuang Mujahidin di Afghanistan yang berjuang menyerang Soviet Union, seteru utama AS pada 1980-an.

Beliau berkata kumpulan itu menyalurkan “wang dan unsur-unsur melampau”, tetapi mengakui kumpulan yang ditaja oleh Saudi termasuk MWL melaksanakan banyak projek kemanusiaan di setiap ceruk dunia termasuk Filipina dan Indonesia.

Bagaimanapun, beliau berkata banyak program kebajikan itu “tersalah arah atau disalahgunakan oleh kumpulan militan”.

Beliau berkata sejak kebelakangan ini, pertubuhan yang dikaitkan dengan Arab Saudi aktif mempromosikan Wahabi, aliran kontroversi Islam yang mengilhamkan pengharaman terhadap wanita Arab Saudi daripada memandu di samping pelbagai larangan lain.

Abuza tidak menolak kemungkinan KSCIP juga bertujuan mempromosikan fahaman Wahabi.

“Saudi mahu menyebarkan Wahabi kerana itu kuasa halus mereka ke atas dunia Islam,” katanya.

Katanya, IS mempunyai sokongan yang cukup besar secara perbandingan dengan negara jiran, merujuk Khatibah Nusantara, sebuah kumpulan dikaitkan dengan IS yang terdiri daripada militan Asia Tenggara.

‘Najib tidak memerlukan Arab Saudi’

Abuza berkata pihak berkuasa Malaysia setakat ini cekap dalam menentang IS dan ini berbeza dengan penafian mereka suatu masa lalu terhadap Jemaah Islamiah, sebuah organisasi serantau yang dikaitkan dengan Al Qaeda.

Tetapi beliau masih tidak faham perlunya kerjasama dengan Saudi dalam menentang keganasan, sambil menambah bahawa ia mungkin ada kaitan dengan 1MDB.

“Arab Saudi selalu menjadi penting kepada Najib secara politik dan kewangan seperti 1MDB dan pelaburan. Dari segi dasar luar, itu adalah persoalan besar. Najib dengan jelas menyusul garis Saudi, apa saja yang dia lakukan dari segi prinsip atau pelaburan, itu sukar untuk dikatakan.

“Najib tidak perlu pergi ke Saudi,” kata Abuza sambil menambah tidak ada perbezaan ideologi antara tafsiran Saudi terhadap Islam dan IS.

“Saudi tidak mencabar IS dari segi ideologi,” tambahnya.

Abuza berkata KSCIP adalah “tidak produktif” dalam memerangi IS dan keganasan.

“Jika anda ingin mencabar ideologi IS, ia harus lebih pluralistik, toleransi, dan bukan meniru amalan yang dikatakan kurang kejam.”



Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Lucu’ Malaysia kerjasama dengan Saudi lawan keganasan, kata pakar AS

Sekianlah artikel Lucu’ Malaysia kerjasama dengan Saudi lawan keganasan, kata pakar AS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lucu’ Malaysia kerjasama dengan Saudi lawan keganasan, kata pakar AS dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/07/lucu-malaysia-kerjasama-dengan-saudi.html

Subscribe to receive free email updates: