[Logo Jadi Modal Cecehan] UMNO SAH Mati Akal, Checkmate

[Logo Jadi Modal Cecehan] UMNO SAH Mati Akal, Checkmate - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [Logo Jadi Modal Cecehan] UMNO SAH Mati Akal, Checkmate, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [Logo Jadi Modal Cecehan] UMNO SAH Mati Akal, Checkmate
link : [Logo Jadi Modal Cecehan] UMNO SAH Mati Akal, Checkmate

Baca juga


[Logo Jadi Modal Cecehan] UMNO SAH Mati Akal, Checkmate


Kejayaan Pakatan Harapan membentuk struktur kepimpinan, sekaligus bermakna perbalahan dan perbezaan pendapat mengenai kedudukan serta jawatan sudah pun berakhir serta mematikan isu DAP sebagai ancaman, akhirnya telah membuatkan pimpinan UMNO mati akal dan kemurungan.

Dalam struktur kepimpinan itu, walaupun di peringkat tertingginya masih diketuai majoriti pemimpin lama, tetapi ia adalah keperluan dan suatu komiten terbaik untuk menyingkirkan Najib Razak, UMNO dan BN.

Dengan pengalaman, aura dan pengaruh tersendiri mereka itu, ajakan kepada rakyat untuk melakukan perubahan lebih mungkin menjadi realiti berbanding jika terus pemimpin muda mengemudi pilihanraya. Setelah memenangi pilihanraya dan mendapat kuasa, pemimpin lama dan berpengalaman ini tidak mungkin terlalu lama berada di atas sana.

Berapa lama Tun Mahathir Mohamad, Anwar Ibrahim, Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Muhyiddin Yassin boleh bertahan dalam usia mereka yang kian meningkat sekatang?

Mereka berada di kedudukan sekarang hanyalah sebagai pembimbing dan peneraju sementara sebelum menyerahkannya kepada pemimpin-pemimpin muda yang berada di lapisan kepimpinan kedua. 

Berbanding UMNO yang mungkin hanya ada Khairy Jamaluddin sebagai pemimpin muda, Pakatan Harapan sebaliknya ada Azmin Ali, Rafizi Ramli, Mukhriz Mahathir, Tony Pua, Nurul Izzah, Syed Saddiq dan sederetan yang lain lagi.

Sebab itu, struktur kepimpinan Pakatan Harapan ini mudah difahami oleh rakyat bahawa ia tidak lain bertujuan untuk lebih memungkinkan Najib dapat disingkirkan dan UMNO serta BN boleh dikalahkan. Setelah proses pemulihan negara dilakukan, giliran yang mudalah pula mengambil alih kepimpinan kerajaan.

Oleh kerana tiada lagi alasan dan sama mati akal untuk terus menyerang, Zahid Hamidi hanya mampu mengatakan struktur kepimpinan Pakatan Harapan itu umpama kapal yang mempunyai tiga nakhoda yang berbeza haluan yang katanya, lebih mungkin akhirnya akan karam di lautan politik penuh cabaran.

Tetapi Zahid Hamidi mungkin terlupa bahawa tiga nakhoda berkenaan tidak lagi berbeza haluan, sebaliknya sudah sehati sejiwa dan setuju untuk bergerak dengan satu tujuan.

Tidakkah kapal yang dikendali oleh tiga nakhoda yang sehati sejiwa akan jadi lebih terurus dan mampu meredah ombak serta badai di lautan berbanding kapal yang dikendali hanya seorang penyamun yang tentunya lebih sibuk untuk menjaga hasil hasil rompakannya?

Yang paling terbaik, tentunya berdasarkan pengalaman Tun Mahathir dan kesediaan serta jiwa besar  Lim Kit Siang untuk bertoleransi, struktur kepimpinan Pakatan Harapan itu secara langsung membunuh semua percubaan UMNO untuk mengaitkan DAP sebagai ancaman kepada kedudukan orang-orang Melayu serta masa depan negara.

Jika dulu Salleh Said Keruak mengatakan Pakatan Harapan adalah gabungan yang akan dikuasai oleh DAP serta beberapa yang lain pula mengatakan Lim Kit Siang akan dilantik sebagai Perdana Menteri, lucu sekali apabila kali ini mereka berteriak bertanya, di mana pemimpin DAP dalam tiga kedudukan tertinggi Pakatan Harapan?

Pemimpin UMNO ini benci dan cuba menakutkan orang Melayu dengan DAP atau mereka sebenarnya sayangkan DAP?

Lantaran kemurungan dan mati akal itu, apa yang mampu mereka lecehkan sekarang hanyalah berkaitan logo Pakatan Harapan atau singkatannya Harapan saja.

Ada yang mengatakan logo itu macam roket DAP, mirip lambang Star Trek, seperti bungkusan nasi lemak, malah ada yang menyamakannya dengan bentuk hidung Tun Mahathir.

Adoiii...kesiannnnya mereka!!

Nampak sangat mati akal tahap kronik sedang melanda dan otak tak lagi "centre" seperti sebelumnya. Mereka ini kalau pergi hospital sudah tentu kena tahan di wad dalam sehari dua agar dapat normal seperti sediakala.

Dengan hanya mampu melecehkan logo Pakatan Harapan sebegitu rupa, gambarannya ialah sementara ada yang mula terbayang hilang kuasa dan tempat pergantungan, yang di atas pula mungkin lebih jauh jangkauan kebimbangannya iaitu mulai sedar mungkin mahkamah dan penjara akhirnya sebagai tempat pengakhir kehidupan. (ShahbudinHusin 16/07/2017)


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel [Logo Jadi Modal Cecehan] UMNO SAH Mati Akal, Checkmate

Sekianlah artikel [Logo Jadi Modal Cecehan] UMNO SAH Mati Akal, Checkmate kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [Logo Jadi Modal Cecehan] UMNO SAH Mati Akal, Checkmate dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/07/logo-jadi-modal-cecehan-umno-sah-mati.html

Subscribe to receive free email updates: