[KONTRAK KETUA HAKIM] Adakah KRISIS PERLEMBAGAAN ini masih boleh diperbetulkan ataupun dielakkan

[KONTRAK KETUA HAKIM] Adakah KRISIS PERLEMBAGAAN ini masih boleh diperbetulkan ataupun dielakkan - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [KONTRAK KETUA HAKIM] Adakah KRISIS PERLEMBAGAAN ini masih boleh diperbetulkan ataupun dielakkan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [KONTRAK KETUA HAKIM] Adakah KRISIS PERLEMBAGAAN ini masih boleh diperbetulkan ataupun dielakkan
link : [KONTRAK KETUA HAKIM] Adakah KRISIS PERLEMBAGAAN ini masih boleh diperbetulkan ataupun dielakkan

Baca juga


[KONTRAK KETUA HAKIM] Adakah KRISIS PERLEMBAGAAN ini masih boleh diperbetulkan ataupun dielakkan

Oleh: Haniff Khatri
Siri : 953

CETUSNYA SATU LAGI KRISIS PERLEMBAGAAN TERBARU !!

BAHAGIAN KEDUA :

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,
AsSalaamualaikum dan Salaam Sejahtera :

1. Pada awal pagi semalam, 08.07.2017,saya telahpun menulis tentang topik ini, iaitu "CETUSNYA SATU LAGI KRISIS PERLEMBAGAAN TERBARU !!", di BAHAGIAN SATU, dan telah menampilkan satu persoalan di sana, yang adalah diulangi sebagai MUKADIMAH kepada BAHAGIAN KEDUA ini, iaitu :

" PERSOALAN : Adakah KRISIS PERLEMBAGAAN ini masih boleh diperbetulkan ataupun dielakkan, menurut peruntukan PERLEMBAGAAN dan UNDANG-UNDANG ?? !! "

2. Sebelum memberi JAWABAN kepada PERSOALAN ini, saya menarik perhatian pembaca kepada komen dan cadangan yang diberi oleh beberapa pihak berkenaan isu ini, seperti yang dilaporkan di media massa seperti berikut :

(a) Melalui FREEMALAYSIATODAY 08.07.2017 bertajuk " Lanjut tempoh hakim: PH akan bawa usul halang Najib ‘rosakkan kehakiman’ ", di mana Ketua Pembangkang DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL telah dipetik berkata :

"Pakatan Harapan akan memasukkan usul ke Parlimen untuk membatalkan pelanjutan perkhidmatan Ketua Hakim Negara Tan Sri Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin." !

(b) Melalui satu lagi Laporan FREEMALAYSIATODAY 08.07.2017 bertajuk " Badan peguam adakan EGM, lanjut tempoh hakim tidak berperlembagaan ", Presiden Majlis Peguam GEORGE VARUGHESE telah dipetik berkata :

"Badan Peguam akan mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) bulan depan selepas mempertikaikan keputusan kerajaan melanjutkan tempoh 2 hakim tertinggi." !

3. Saya percaya ASAS sebenar kewujudan KRISIS PERLEMBAGAAN ini adalah terletak kepada peruntukan PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN, yang mana adalah seperti berikut :

(a)(i) Menurut PERKARA 122B :

"Pelantikan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah
Rayuan dan Mahkamah Tinggi" -
"122B. (1) Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim-Hakim Besar Mahkamah Tinggi dan (tertakluk kepada Perkara 122C) hakim-hakim yang lain Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, yang bertindak atas nasihat Perdana Menteri, selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja."

(a)(ii) Justeru, perlantikan, ataupun dalam keadaan ini, pelanjutan tempoh, kedua-dua, KETUA HAKIM NEGARA dan PRESIDEN MAHKAMAH RAYUAN (selepas tempoh umur mandatori 66 tahun + 6 bulan), adalah pada setiap masa di tangan DYMM YANG DI-PERTUAN AGONG sahaja !!

(b)(i) Menurut PERKARA 122(1A) pula :

"122. (1A) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam
Perlembagaan ini, Yang di-Pertuan Agong yang bertindak atas
nasihat Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, boleh melantik mana-mana orang yang telah memegang jawatan kehakiman yang tinggi di Malaysia untuk menjadi hakim tambahan bagi Mahkamah Persekutuan bagi apa-apa maksud atau bagi apa-apa tempoh masa yang ditentukan olehnya:

Dengan syarat bahawa tiada hakim tambahan yang sedemikian
menjadi tidak layak untuk memegang jawatan oleh sebab dia telah mencapai umur enam puluh enam tahun."

(b)(ii) Justeru KRISIS PERLEMBAGAAN yang ditampilkan adalah, kedua-dua jawatan yang terbabit itu BELUM LAGI TERGOLONG sebagai "mana-mana orang yang telah memegang jawatan kehakiman yang tinggi di Malaysia" menurut keperluan PERKARA 122(1A) ITU !!

(c) Sememangnya setakat pada kini, melalui Kenyataan Pejabat Perdana Menteri bertarikh 07.07.2017 ianya cuma mengatakan :

" Berdasarkan Fasal (1) Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja yang bersidang pada 24 dan 25 Mei 2017, telah memperkenankan seperti berikut:

(i) YAA Tan Sri Dato’ Seri Md Raus bin Sharif yang telah dilantik sebagai hakim tambahan bagi Mahkamah Persekutuan untuk tempoh 3 tahun mulai 4 Ogos 2017 di bawah Fasal (1A) Perkara 122 Perlembagaan Persekutuan, terus memegang jawatan Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan mulai tarikh danuntuk tempoh yang sama; dan

(ii) YAA Tan Sri Dato’ Seri Zulkefli bin Ahmad Makinudin yang telah dilantik sebagai hakim tambahan bagi Mahkamah Persekutuan untuk tempoh 2 tahun mulai 28 September 2017 di bawah Fasal (1A) Perkara 122 Perlembagaan Persekutuan, terus memegang jawatan Presiden Mahkamah Rayuan mulai tarikh dan untuk tempoh yang sama. "

(d) Sememangnya, Kenyataan Pejabat Perdana Menteri bertarikh 07.07.2017 itu, tidak JELAS berkaitan beberapa perkara :

(i) Adakah WATIKAH PERLANTIKAN / PELANJUTAN kedua-dua jawatan itu sudah dikeluarkan ataupun tarikh ianya akan dikeluarkan ? !!

(ii) Adakah SUMPAH JAWATAN HAKIM oleh kedua-dua mereka di bawah PERKARA 124 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN berkaitan PERLANTIKAN / PELANJUTAN kedua-dua jawatan itu akan dilakukan ? !!

(iii) Adakah DYMM YANG DI-PERTUAN AGONG serta MAJLIS RAJA-RAJA telah diberi peluang secukupnya untuk mengambil nasihat undang-undang bebas berkaitan PERSOALAN KETIDAKSAHIHAN penggunaan PERKARA 122(1A) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN bagi tujuan proses PERLANTIKAN / PELANJUTAN kedua-dua jawatan itu ? !!

4. Bebas daripada kedua-dua cadangan yang diutarakan oleh pihak-pihak seperti yang dipetik di Perenggan 2 di atas, saya percaya JAWABAN sebenar kepada KRISIS PERLEMBAGAAN ini adalah terletak kepada peruntukan lanjut PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN, yang mana adalah seperti berikut :

(a) Menurut PERKARA 130 :

"Bidang kuasa nasihat Mahkamah Persekutuan" -
"130. Yang di-Pertuan Agong boleh merujukkan kepada Mahkamah Persekutuan untuk pendapatnya apa-apa soal tentang kesan mana-mana peruntukan Perlembagaan ini yang telah berbangkit atau yang tampak padanya mungkin berbangkit, dan Mahkamah Persekutuan hendaklah mengumumkan pendapatnya tentang apa-apa soal yang dirujukkan sedemikian kepadanya itu di dalam mahkamah terbuka."

(b) Justeru, ianya adalah kuasa mutlak DYMM YANG DI-PERTUAN AGONG, melalui peguam lantikan TUANKU untuk merujuk akan persoalan keperlembagaan berkaitan pembacaan dan maksud sebenar peruntukan PERKARA 122(1A) dan PERKARA 122B(1) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN kepada Mahkamah Persekutuan supaya Mahkamah Persekutuan yang bersidang boleh secara muktamad sebagai MAHKAMAH PERLEMBAGAAN memberi tafsiran dan pembacaan tepat peruntukan-peruntukan tersebut untuk memperbetulkan ataupun mengelakkan KRISIS PERLEMBAGAAN yang tercetus ini dari terus menghantui negara kiata !!!

(c) Nescayalah, kedua-dua Hakim yang terbabit, iaitu, KETUA HAKIM NEGARA dan PRESIDEN MAHKAMAH RAYUAN itu, TIDAK BOLEH menganggotai sidang Mahkamah Persekutuan itu kelak, di atas prinsip "berkepentingan konflik" ("conflict of interest") !!!

5. Justeru JAWABAN SEBENAR kepada PERSOALAN di Perenggan 1 di atas, adalah :

" PERSOALAN : Adakah KRISIS PERLEMBAGAAN ini masih boleh diperbetulkan ataupun dielakkan, menurut peruntukan PERLEMBAGAAN dan UNDANG-UNDANG ?? !! ",
DAN

" JAWABAN : Ya, KRISIS PERLEMBAGAAN ini masih boleh diperbetulkan ataupun dielakkan, tertakluk kepada DYMM YANG DI-PERTUAN AGONG di bawah kuasa mutlaknya hendaklah merujuk akan KRISIS PERLEMBAGAAN ini kepada MAHKAMAH PERSEKUTUAN untuk diberi pendapat mahkamah itu, menurut PERKARA 130
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN !!! "

ALLAHU AKBAR !!!! DAULAT TUANKU !!!!

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!!!

(Sila lihat Siri : 235, 236, 769, 827, 828, 839, 857, 860, 883, 893, 923, 924, 933, 947, 949 & 951) - Kehakiman & Perundangan


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel [KONTRAK KETUA HAKIM] Adakah KRISIS PERLEMBAGAAN ini masih boleh diperbetulkan ataupun dielakkan

Sekianlah artikel [KONTRAK KETUA HAKIM] Adakah KRISIS PERLEMBAGAAN ini masih boleh diperbetulkan ataupun dielakkan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [KONTRAK KETUA HAKIM] Adakah KRISIS PERLEMBAGAAN ini masih boleh diperbetulkan ataupun dielakkan dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/07/kontrak-ketua-hakim-adakah-krisis.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :