Judul : Kelantan pungut RM939 juta projek ladang hutan
link : Kelantan pungut RM939 juta projek ladang hutan
Kelantan pungut RM939 juta projek ladang hutan
ASLANI MSEJAK projek ladang hutan dilaksanakan di Kelantan, kerajaan negeri berjaya mengutip hasil sebanyak RM939 juta, kata Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah.
Beliau berkata, projek ladang hutan itu dimulakan pada 2006 sehingga 2013
Bagaimanapun katanya, selepas itu projek tersebut dibekukan bagi memberi peluang kelulusan yang diberi sebelum ini dilaksanakan sepenuhnya.
“Projek ladang hutan itu ditanam getah klon balak,” katanya pada persidangan Dun Kelantan di Kota Bharu hari ini
Sebelum itu Menteri Besar, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, sehingga sekarang tujuh pegawai kerajaan negeri yang melanjut pelajaran berjaya menamatkan pengajian peringkat doktor falsafah (PhD).
Menjawab soalan Abdul Rahman Yunus (PAS-Pasir Tumbuh) katanya, kerajaan negeri memberi peluang melanjutkan pelajaran peringkat pasca siswazah dengan pelepasan cuti bergaji penuh
“Selepas mereka menamatkan pengajian ada peningkatan kerjaya masing-masing berdasar kepada kepakaran dalam bidang tertentu.
“Maklumat kerajaan dalam sesuatu bidang semakin luas berdasar kajian yang mereka lakukan,” katanya. - HARAKAHDAILY
Appear first on Times News Malaysia
Demikianlah Artikel Kelantan pungut RM939 juta projek ladang hutan
Sekianlah artikel Kelantan pungut RM939 juta projek ladang hutan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kelantan pungut RM939 juta projek ladang hutan dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/07/kelantan-pungut-rm939-juta-projek.html