Jangan takut mengundi, kerajaan tidak tahu siapa undi siapa, kata Dr Mahathir

Jangan takut mengundi, kerajaan tidak tahu siapa undi siapa, kata Dr Mahathir - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jangan takut mengundi, kerajaan tidak tahu siapa undi siapa, kata Dr Mahathir, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jangan takut mengundi, kerajaan tidak tahu siapa undi siapa, kata Dr Mahathir
link : Jangan takut mengundi, kerajaan tidak tahu siapa undi siapa, kata Dr Mahathir

Baca juga


Jangan takut mengundi, kerajaan tidak tahu siapa undi siapa, kata Dr Mahathir

DALIA ISMAIL

Mahathir Muhyiddin


Kakitangan kerajaan dan anggota berpakaian seragam di negara ini tidak perlu khuatir dengan kemungkinan kerajaan yang dipimpin Barisan Nasional (BN) akan mengetahui undi terhadap parti yang disokong oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, dengan  meimbulkan kebimbangan itu, kerajaan akan berjaya menimbulkan ketakutan kepada rakyat untuk memberikan undi kepada pakatan pembangkang.

"Pihak pemerintah cuba menakutkan orang (pengundi) kononnya mereka dapat tahu siapa undi untuk siapa.

"Mungkin ramai yang takut jika tidak undi kerajaan akan diambil tindakan terhadap mereka.
"Sebenarnya kerajaan tidak dapat menentukan siapa undi siapa.Sebab itu kita nak bagi tahu kepada pengundi jangan takut untuk mengundi.

"Kerajaan tidak akan tahu parti mana yangg awak undi pun...terutama kepada pengundi pos dan pegawai kerajaan," ujarnya dalam sidang media selepas menghadiri majlis mesyuarat mingguan pimpinan tertinggi di Ibupejabat parti itu petang ini.

Menurut Dr Mahathir lagi, kerajaan sebelum ini dakwanya sering mengambil tindakan terhadap rakyat yang secara terang-terangan menyokong parti itu.

"Kita dapati ramai yang takut kalau mereka undi parti lawan tindakan akan diambil ke atas mereka.
"Ada besar kemungkinan kerajaan akan kalah dan sebenarnya bila kalah kelak, kerajaan yang ada hari ini, sudah tentu tidak dapat mengambil sebarang tindakan pun.

"Untuk menentukan kerajaan BN kalah mereka perlu undi Pakatan Harapan dan jika kami menang, kami tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap pengundi yang tidak menyokong pembangkang, bahkan tiada tekanan yang akan kami buat ke atas sesiapa pun.

"Kalau perkara ini berlaku bermakna pengundi sebenarnya yang membuat keputusan untuk menjatuhkan kerajaan kleptokrasi, "ujarnya.

Turut hadir dalam sidang media tersebut Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Setiausaha Agung Datuk Dr Shaharuddin.

Dr Mahathir juga menerangkan ketika di zaman pemerintahan beliau selama 22 tahun, tidak dinafikan ada cara yang dilakukan yang mana undi tidak dirahsiakan.

"Ada kadang-kadang cara yang dibuat di kalangan pasukan beruniform undi tidak dirahsiakan.Dulu sewaktu itu banyak yang bermusuh dengan saya tetapi mereka dapat juga jawatan jadi menteri
"Sekarang ini kita mahu undi pos, kita perlu menghantar wakil daripada parti pembangkang untuk melihat pengundian dibuat.

"Kita khuatir badan tertentu yang menghantar pegawainya yang kelihatan bengis untuk menakutkan pengundi tidak boleh berlaku sekarang ini.," ujarnya.


 



Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Jangan takut mengundi, kerajaan tidak tahu siapa undi siapa, kata Dr Mahathir

Sekianlah artikel Jangan takut mengundi, kerajaan tidak tahu siapa undi siapa, kata Dr Mahathir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jangan takut mengundi, kerajaan tidak tahu siapa undi siapa, kata Dr Mahathir dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/07/jangan-takut-mengundi-kerajaan-tidak.html

Subscribe to receive free email updates: