Insiden Hawk: PTU akan maklum hasil siasatan

Insiden Hawk: PTU akan maklum hasil siasatan - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Insiden Hawk: PTU akan maklum hasil siasatan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Insiden Hawk: PTU akan maklum hasil siasatan
link : Insiden Hawk: PTU akan maklum hasil siasatan

Baca juga


Insiden Hawk: PTU akan maklum hasil siasatan

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Hasil siasatan insiden pesawat Hawk 108 yang terhempas di Kampung Yak Yah, Chukai, Terengganu pada 15 Jun lalu yang mengorbankan dua juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan dimaklumkan Panglima Tentera Udara (PTU).
 
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein percaya siasatan dijalankan dengan baik bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.
 
"Yang itu (hasil siasatan) kena tanya pada pihak yang terbabit, boleh tanya pada PTU (Jeneral Datuk Seri Affendi Buang).
 
"Saya bukan individu yang patut memaklumkannya buat masa sekarang," katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri bertemakan 'Aidilfitri@Negaraku di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Putrajaya hari ini.
 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas hasil siasatan dan perkembangan terkini insiden berkenaan.
 
Dalam kejadian berkenaan, Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39, dan Mejar Mohd. Hasri Zahari, 31, terkorban apabila pesawat dinaiki mereka terhempas di kawasan hutan berpaya di Chukai, Terengganu.
 
Dalam perkembangan lain, Hishammuddin berkata, beliau akan berada di Bahrain, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Arab Saudi Isnin depan untuk bertemu dengan pemimpin di negara itu bagi membincangkan mengenai ancaman kumpulan militan Daesh.
 
"Selain itu, kita juga melihat situasi krisis antara beberapa negara Teluk sama ada kita boleh membantu mereka atau sebaliknya, saya akan bertemu dengan semua pemimpin di sana," katanya.
 
 


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Insiden Hawk: PTU akan maklum hasil siasatan

Sekianlah artikel Insiden Hawk: PTU akan maklum hasil siasatan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Insiden Hawk: PTU akan maklum hasil siasatan dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/07/insiden-hawk-ptu-akan-maklum-hasil.html

Subscribe to receive free email updates: