Harapan tidak pernah bincang Akta Majlis Keselamatan Negara, kata Muhyiddin

Harapan tidak pernah bincang Akta Majlis Keselamatan Negara, kata Muhyiddin - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Harapan tidak pernah bincang Akta Majlis Keselamatan Negara, kata Muhyiddin, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Harapan tidak pernah bincang Akta Majlis Keselamatan Negara, kata Muhyiddin
link : Harapan tidak pernah bincang Akta Majlis Keselamatan Negara, kata Muhyiddin

Baca juga


Harapan tidak pernah bincang Akta Majlis Keselamatan Negara, kata Muhyiddin

DALIA ISMAIL

Muhyiddin Yassin


Pakatan Harapan (Harapan) buat masa ini tidak pernah membincangkan berkaitan dengan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) sekiranya menang pilihan raya akan datang, kata Timbalan Presiden Harapan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Setakat hari ini tidak ada bincang perkara itu kita faham undang-undang MKN telah diluluskan dulu, pastinya mesti ada asas prisip bagaimana undang-undang itu dikuatkuasakan.

"Pastinya rakyat tidak mahu ada penyalahgunaan kuasa. Tujuannya untuk menjaga keselamatan negara bukan atas asas pertimbangan politik dan sebagainya," ujarnya ketika ditanya dalam sidang media diadakan di Ibupejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia di Petaling Jaya petang ini.

Sidang media diadakan bertujuan untuk mengumumkan persediaan jentera pilihan raya parti itu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum tidak lama lagi.

Muhyiddin diminta mengulas kenyataan bekas Menteri di jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim hari ini, yang menyarankan agar Harapan mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) di mahkamah.

Dalam catatan di blognya,  Zaid yang juga ahli seumur hidup DAP itu berkata, pemimpin Harapan perlu mempertimbangkan senario yang mungkin berlaku sekiranya keputusan pilihan raya umum akan datang tidak memihak kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Umno.

Najib mempunyai “senjata” yang tidak dimiliki orang lain dan ia adalah Akta MKN dan majlis itu mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan kecemasan dan melantik sesiapa sahaja sebagai pengarah operasi kawasan keselamatan, kata Zaid.

Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, buat masa ini Akta MKN bukanlah begitu penting untuk pimpinan Harapan membawa ke meja rundingan gabungan itu.

"Diperingkat sekarang tidak begitu. Apa yang penting kita bincang soal persiapan (PRU). Kita harap BN menghormati segala bentuk undang-undang yang ada dan tidak menyalahguna kuasa membawa keburukan kepada kedaulatan dan rakyat negara," ujarnya.



Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Harapan tidak pernah bincang Akta Majlis Keselamatan Negara, kata Muhyiddin

Sekianlah artikel Harapan tidak pernah bincang Akta Majlis Keselamatan Negara, kata Muhyiddin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Harapan tidak pernah bincang Akta Majlis Keselamatan Negara, kata Muhyiddin dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/07/harapan-tidak-pernah-bincang-akta.html

Subscribe to receive free email updates: