FGV nafi dakwaan JASA wujud konspirasi terhadap CEO

FGV nafi dakwaan JASA wujud konspirasi terhadap CEO - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul FGV nafi dakwaan JASA wujud konspirasi terhadap CEO, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : FGV nafi dakwaan JASA wujud konspirasi terhadap CEO
link : FGV nafi dakwaan JASA wujud konspirasi terhadap CEO

Baca juga


FGV nafi dakwaan JASA wujud konspirasi terhadap CEO


Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) menafikan dakwaan wujud konspirasi terhadap presiden dan ketua pegawai eksekutifnya, Datuk Zakaria Arshad, yang diminta bercuti pada bulan Jun.
Penafian itu adalah sebagai respons kepada kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Mohd Puad Zarkashi, yang pada Ahad lalu mendakwa terdapat usaha untuk menyalahkan Zakaria Arshad dan memaksa peletakan jawatannya.
"Sebagai sebuah syarikat senaraian awam dan juga syarikat berkaitan kerajaan yang termaktub dengan undang-undang yang berkaitan oleh badan kawal selia seperti Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Bursa Malaysia, FGV sama sekali tidak terlibat dengan mana-mana konspirasi atau agenda peribadi dalam menjalankan proses siasatan dalaman (terhadap Zakaria dan tiga pegawai kanan lain).
"Siasatan dalaman ini dianggap tanggungjawab fidusiari Lembaga Pengarah dalam menjalankan tanggungjawab prihatin dalam pengurusan sebuah syarikat penyenaraian awam dan juga kepentingan pemegang saham," kata FGV dalam satu kenyataan hari ini.
FGV juga menegaskan Zakaria dan tiga lagi kakitangan pengurusan kanan diminta bercuti dengan bergaji penuh dan menerima semua kemudahan.
Katanya, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri pada 19 Jun 2017, terdapat beberapa bukti asas yang membolehkan Lembaga FGV mengambil tindakan disiplin terhadap CEO, ketua pegawai kewangan dan dua lagi pegawai kanan yang berkaitan dengan pelanggaran prosedur dalaman
Ini berkaitan dengan dakwaan pelanggaran prosedur dalam urusan FGV dengan Safitex Trading LLC yang berpangkalan di Dubai.
"Tuduhan menyatakan bahawa lembaga pengarah mempunyai agenda peribadi untuk menjatuhkan pengurusan kanan adalah tidak wajar.
"Jika tuduhan-tuduhan ini berterusan, ia dikhuatiri boleh menyebabkan focus FGV tergendala dari usahanya menambahbaikan operasi teras (core business), menjana nilai tambah dan melaksanakan tanggungjawab fidusiari Lembaga Pengarah kepada pemegang saham," katanya.
Krisis FGV tercetus selepas lembaga pengarah, yang diketuai oleh pengerusi FGV ketika itu, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, mengarahkan Zakaria bercuti kerana didakwa gagal mematuhi peraturan tadbir urus korporat.
Zakaria kemudiannya menuduh lembaga pengarah cuba membuat urusan pelaburan yang "tidak masuk akal", tetapi telah dinafikan oleh lembaga tersebut.
Perdana Menteri Najib Abdul Razak kemudiannya menugaskan bekas menteri, Datuk Idris Jala untuk menyiasat kemelut itu, yang berakhir dengan pertyjarab Mohd Isa ke Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Zakaria menghadapi prosiding tatatertib. - mk


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel FGV nafi dakwaan JASA wujud konspirasi terhadap CEO

Sekianlah artikel FGV nafi dakwaan JASA wujud konspirasi terhadap CEO kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel FGV nafi dakwaan JASA wujud konspirasi terhadap CEO dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/07/fgv-nafi-dakwaan-jasa-wujud-konspirasi.html

Subscribe to receive free email updates: