Dijangkiti Hepatitis A, pesan pakar ini pada semua traveller!

Dijangkiti Hepatitis A, pesan pakar ini pada semua traveller! - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dijangkiti Hepatitis A, pesan pakar ini pada semua traveller!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dijangkiti Hepatitis A, pesan pakar ini pada semua traveller!
link : Dijangkiti Hepatitis A, pesan pakar ini pada semua traveller!

Baca juga


Dijangkiti Hepatitis A, pesan pakar ini pada semua traveller!

ISMA WEB 


JIKA anda bercadang untuk mengembara ke negara yang anda tidak pasti sumber airnya bersih seperti Kemboja, Laos, Myanmar, Vietnam, India dan Indonesia, jangan lupa suntikan vaksin Hepatitis A jika anda tidak mahu berisiko jatuh sakit! Doktor pakar ini berkongsi kisahnya.

Dua minggu sebelum Syawal baru-baru ini, Dr.Mohamad Salleh Abdul Aziz, Pakar Perunding Pembedahan Am dari Hospital Islam Azzahrah telah disahkan menghidap Hepatitis A.

“Saya mengalami demam panas yang tinggi sehingga mencapai 41 darjah celcius, makan ubat demam pun tidak akan turun selain sakit perut, cirit birit, muntah-muntah hingga mata putihnya bertukar menjadi kuning . Dalam perubatan, ia dikenali sebagai jaundis.

“Dengan rawatan, demam turun dalam masa empat hingga kelima hari, namun untuk penyakit ini hilang dari tubuh adalah selama enam bulan namun kesan klinikal dirasai sebulan lamanya.

“Dalam tempoh sebulan itu, saya masih tiada selera makan dan mengalami cirit birit setiap kali makan hingga kehilangan air yang banyak dan membuatkan berat badan saya turun sehingga 10 kilogram,”ujarnya.

Air tidak bersih

Sebelum itu, pakar ini telah menjayakan Misi Kemanusiaan di Kemboja  iaitu “Kembara Amal Sunathon Kemboja 2017” selama lima hari bagi melaksanakan misi berkhatan besama penduduk Islam di sana. Antara yang turut serta adalah polis, bomba, guru dan ustaz.

Kembara Amal Sunathon Kemboja 2017

“Apa yang boleh saya katakan, kebersihan di sana adalah kurang memuaskan.Di sana, kami tinggal di kawasan kampung iaitu empat jam dari bandar di mana bekalan elektrik juga sukar.

“Satu rumah cuma mempunyai satu lampu sahaja, tiada peti ais dan lain-lain kemudahan.
“Bekalan air dari telaga, air mineral juga ada namun puncanya sama sahaja.

Sukar mendapatkan bekalan air bersih di kawasan pedalaman

“Suatu hari saya dihidangkan dengan ikan toman bakar di mana ia dihidangkan dengan sisiknya sekali. Boleh jadi ikan tersebut dari punca kurang bersih yang membuatkan saya dijangkiti penyakit ini.

“Para pelancong sama ada pergi bekerja ataupun bercuti sering menganggap remeh penyakit di negeri orang, padahal risikonya sangat besar.

“Jika anda bercadang untuk mengunjungi negara yang disebutkan tadi, amat digalakkan untuk mengambil vaksin Hepatitis A ini.

Pengambilan vaksin mampu meminimumkan risiko penyakit

“Sekurang-kurangnya kita boleh bersedia dengan cara yang mampu mengurangkan risiko dijangkiti penyakit.

“Ia boleh dilakukan seminggu sebelum bertolak sama ada di klinik, hospital kerajaan mahupun swasta dan vaksin ini mampu bertahan sehingga tiga tahun,”tegasnya.






Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Dijangkiti Hepatitis A, pesan pakar ini pada semua traveller!

Sekianlah artikel Dijangkiti Hepatitis A, pesan pakar ini pada semua traveller! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dijangkiti Hepatitis A, pesan pakar ini pada semua traveller! dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/07/dijangkiti-hepatitis-pesan-pakar-ini_13.html

Subscribe to receive free email updates: