Judul : Dari atas pokok ke sawah padi
link : Dari atas pokok ke sawah padi
Dari atas pokok ke sawah padi
Selepas persembahan Teater Atas Pokok (TAP) mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada orang ramai pada April tahun lalu, pengarahnya Shamsudin Othman sekali lagi akan tampil dengan Teater Di Sawah Padi Muzika Uda dan Dara.
Kali ini Shamsudin atau Dinsman mengimpikan pementasan yang dibuat di sawah padi di Parit Dua Barat, Sungai Besar, Selangor.
Sawah padi menjadi pilihan Dinsman kerana beliau mahu menegaskan dan mengangkat tema dan persoalan teater yang lebih penting daripada percintaan.
Iaitu yang dianggap sebagai persoalan sebenar teater, yang diabaikan dalam pementasan-pementasan sebelum ini, kata Dinsman.
"Persoalan yang dimaksudkan ialah perjuangan kaum tani menentang penindasan ke atas mereka, yang tersembunyi dan sebati dalam peraturan yang menjadi amalan pihak yang berkuasa dalam masyarakat.
"Orang selalu melihat dan terpesona dengan kisah percintaan teruna-dara bernama Uda dan Dara yang diolah begitu indah dan romantik oleh Usman Awang serta mengabaikan bahagian akhir selepas kematian Uda, itulah bahagian yang mengangkat perjuangan kaum tani, yang mungkin dianggap tidak indah serta tidak romantik," kata Dinsman kata Dinsman dalam sidang media Teater Di Sawah Padi Muzika Uda dan Dara, Di Shah Alam hari.
Mengulas mengenai Teater Di Sawah Padi Muzika Uda dan Dara, Dinsman berkata ada sesuatu yang lain yang lebih indah daripada kisah cinta terhalang Uda dan Dara yang "bersanding tak berpelamin" itu.
Kata Dinsman, ada suatu ciptaan Usman Awang yang lain dari yang lain iaitu perwatakan manusia Melayu yang pelik, unik, istimewa dan luar biasa.
Dinsman berkata beliau melihat ada keistimewaan dan kesenian Usman Awang itu sebagai aura Si Utih dalam teater ini.
Watak seorang manusia kampung yang bebas merdeka sebati dengan alam, yang cerdik umpama seorang pujangga, yang menyembunyikan sifat pejuang di sebalik keanehan tingkah laku, yang mewakili perwatakan diri Usman Awang sendiri, kata Dinsman.
Tambah Dinsman, ada pun keistimewaan itu dengan segala keunikan, keluarbiasaan dan keindahan yang bakal diserlahkan semasa pementasan yang dibuat ditempat yang paling sesuai untuk maksud itu.
Iaitu di sawah padi yang luas terbentang seluas mata memandang seperti di Tanjung Karang dan Sungai Besar.
Selain itu, kata Dinsman mementaskan di atas tanah kering dan tunggul padi serta jerami di dalam sawah di Sungai Besar lebih istimewa.
Bahkan, Dinsman berkata idea itu hadir tanpa dirancang.
"Sejujurnya ia terjadi tanpa dirancang, asalnya kami hendak adakan muzika ini di kampung kelahiran pengarangnya Usman Awang, di Kuala Sedili, Johor.
"Tetapi oleh kerana penaja menarik diri kami mengambil keputusan memindahkan pementasan ini ke Selangor," kata Dinsman.
Teater Di Sawah Padi Muzika Uda dan Dara dipentaskan di Parit Dua Barat, Sungai Besar, Selangor pada 11,12 dan 13 Ogos depan bermula jam 8 malam.
Appear first on Times News Malaysia
Demikianlah Artikel Dari atas pokok ke sawah padi
Sekianlah artikel Dari atas pokok ke sawah padi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Dari atas pokok ke sawah padi dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/07/dari-atas-pokok-ke-sawah-padi.html