Arab Saudi tuduh Qatar 'isytihar perang'

Arab Saudi tuduh Qatar 'isytihar perang' - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Arab Saudi tuduh Qatar 'isytihar perang', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Arab Saudi tuduh Qatar 'isytihar perang'
link : Arab Saudi tuduh Qatar 'isytihar perang'

Baca juga


Arab Saudi tuduh Qatar 'isytihar perang'

 MALAYSIA DATELINE




Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir menyifatkan permintaan Qatar untuk mengantarabangsakan ibadat haji tidak ubah seperti pengisytiharan perang terhadap negara itu.

"Permintaan Qatar untuk mengantarabangsakan dua kota suci ini agak agresif dan seolah-olah pengisytiharan perang terhadap negara ini. Kami berhak bertindak balas terhadap usaha itu,"  lapor televisyen al-Araabiya seperti dipetik Reuters.

Bagaimanapun, tuduhan itu disangkal Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman al-Thani, yang menegaskan tiada pegawai negara itu mengemukakan permintaan sedemikian.

"Kami bosan menjawab kenyataan palsu dan cerita diadakan-adakan," kata Sheikh Mohammed kepada TV al-Jazeera.

Qatar menuduh Arab Saudi mempolitikkan ibadat haji dan melahirkan kebimbangan terhadap halangan yang perlu dihadapi rakyat Qatar mengerjakan haji tahun ini kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung kebebasan beragama.

Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Mesir dan Bahrain sebelum ini mengemukakan senarai 13 tuntutan kepada Qatar termasuk menghentikan sokongan kepada gerakan Ikhwanul Muslim, menutup stesen televisyen al-Jazeera, menutup pangkalan tentera Turki dan mengurangkan hubungan dengan Iran.

Pada masa sama, menteri empat negara itu menyatakan kesediaan berdialog dengan Qatar jika negara itu menunjukkan minat terhadap tuntutan mereka.



Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Arab Saudi tuduh Qatar 'isytihar perang'

Sekianlah artikel Arab Saudi tuduh Qatar 'isytihar perang' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Arab Saudi tuduh Qatar 'isytihar perang' dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/07/arab-saudi-tuduh-qatar-isytihar-perang.html

Subscribe to receive free email updates: